Nak pelik ke, jijik ke atau kelakar pun tak tahulah, nak katakan merapu pun entah lah sebab ada kajian menjelaskan bahawa testis mempunyai rasa reseptor yang dapat mengesan rasa manis dan ia penting untuk ‘pembiakan’. Lapor Daily Mail.
Ini kemudiannya mendorong lelaki dari seluruh dunia untuk menguji kajian ini dengan mencelupkan mereka ‘punya’ ke dalam kicap untuk melihat apakah mereka boleh merasai apa-apa seperti mana yang didakwa. Hasilnya….
Ramai yang sokong dan kata ia berkesan?!
Ramai yang dah cuba eksperimen ini dan mereka kongsikan hasilnya dekat Tik Tok, rata-rata kata ia memang ada rasa. What?!!!
Salah seorang pengguna, Alx James, menjelaskan bahawa buat testicle sahaja, anus dia juga dapat rasa.
Katanya lepas dia dah buat perkara tersebut dan terus dapat rasa garam. Seorang lagi pengguna juga berminat untuk mencubanya. Kata Matthew Lush, dia sendiri ada rasa sesuatu lepas dah cuba letak.
Tambahnya lagi, dia sendiri terkejut bila cuba melakukan eksperimen tersebut. Dia boleh bau dan rasa sendiri lepas letak kicap dekat ‘situ’.
Entah lah, admin rasa ia hanya psikologi je kot, sebab mungkin ia imaginasi dengan rasa apabila disentuh. Tapi entah lah, ada yang nak try ke?
Baca : “Rasa pelik bila sapu” – Ibu Nak Beli Gel Aloe Vera Untuk Kulit Kering, Sekali Terbeli Durex!