Boyfriend Buang Bantal Busuk Girlfriend Berusia 20 Tahun, Tak Pasal-pasal Kena Tumbuk Di Muka Sampai Patah Gigi

Tambah ke Sumber Pilihan
Boyfriend Buang Bantal Busuk Girlfriend Berusia 20 Tahun, Tak Pasal-pasal Kena Tumbuk Di Muka Sampai Patah Gigi

Dalam banyak-banyak childhood memories yang kita ada, bantal busuk antara salah satu kenangan yang kita paling sayang dan mungkin paling susah nak kita buang. Tak kiralah sama ada korang dah kawin ke atau beranak pinak, masih ada yang simpan bantal busuk dorang sampai sekarang tau!

Tapi cuba korang bayangkan, apa yang akan berlaku kalau bantal busuk yang korang simpan selama 20 tahun tetiba dibuang begitu saja oleh orang yang korang sayang? Uish mau berperang ni! 


“Saya buang selimut berusia 20 tahun milik teman wanita, dia tumbuk saya dan gigi patah” 

Menurut WORLD OF BUZZ, seorang lelaki telah berkongsi di Facebook kisahnya ditumbuk teman wanita lepas membuang bantal busuk yang merupakan sehelai selimut. Ini apa yang ditulisnya:

“Saya buang selimut teman wanita saya yang berusia 20 tahun sebab dia bawa benda tu pergi ke mana-mana. Dia siap beri nama pada selimut tu dan bercakap dengannya! 

“Ini memang teruk. Saya buat perkara ni untuk kebaikannya tapi dia tumbuk saya sampai gigi patah. Ya dia memang belajar seni mempertahankan diri,” kata si teman lelaki. Opss kesian! 

Screen Shot 2019 01 17 At 6.29.38 Pm
Sumber: WOB

“Dia beri amaran kalau selimut tu tak dapat diselamatkan… bukan gigi je yang patah ada benda lain jugak akan patah pada hari tu” 

Lepas tahu je selimut dibuang, girlfriend mangsa ni terus berlari ke luar rumah dan kejar lori sampah untuk ambil balik selimut kesayangannya. Dia menangis dan ketawa pada masa yang sama ketika memeluknya.

Start dari ini, admin dah mula rasa pelik dah dengan girlfriend lelaki ni. Ini sambungan ceritanya lagi.

“Dia beri saya amaran kalau selimut itu tak dapat diselamatkan, bukan gigi saya je yang patah tapi ada benda lain yang akan patah lagi!” ceritanya.

Screen Shot 2015 08 06 At 11.22.19 Am.0
Gambar hiasan

Kisah ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata ‘faham’ apa kepentingan bantal busuk. Kenangan manis kot! 

“Kami faham yang awak tengah sakit, tapi kami tak simpati sebab awak memang cari pasal!” kata seorang netizen.

“Ini bermakna selimut tu lagi penting dari awak. Memang ada banyak lelaki dalam dunia ni tapi ada satu je selimut macam tu atas bumi ni,” kata seorang lagi netizen.

Apa-apapun bagi admin lebih baik si BF jangan cari pasal dengan GFnya kalau bab-bab bantal busuk ni. Boleh berperang wehhh! Siapa yang masih tidur dengan bantal busuk? Baik korang mengaku! 

Baca: Wanita Ada Lebih 100 Kutu Hama di Bulu Mata Kerana Tak Basuh Sarung Bantal

Mata

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Boyfriend Buang Bantal Busuk Girlfriend Berusia 20 Tahun, Tak Pasal-pasal Kena Tumbuk Di Muka Sampai Patah Gigi
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/boyfriend-buang-bantal-busuk-girlfriend-berusia-20-tahun-tak-pasal-pasal-kena-tumbuk-di-muka-sampai-patah-gigi/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM