in

Bosan Duduk Rumah? Ini 15 Movie Berkaitan Virus Yang Korang Wajib Tonton!

Cats 19 E1618724292963

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini genap sudah 5 hari Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. So far hari korang macam mana, makin produktif atau korang hanya baring memandang kipas berputar sehingga terlelap?


Kalau korang berada dalam situasi kedua tu, ini adalah artikel yang tepat untuk hilangkan rasa bosan tu!

Giphy 3

Apa kata kita tenangkan minda sekejap dengan menonton filem-filem yang berkaitan dengan wabak virus, memandangkan sekarang pun kita dalam situasi tersebut kan?

Berikut adalah senarai 15 filem yang berkaitan dengan wabak virus:

1. Contagion (2011)

1 19

Filem ini mula ditayangkan pada 2011, mengisahkan kematian Beth Emhoff dan anaknya yang membawa kepada penemuan sebuah virus maut. Sedang Pusat Kawalan Wabak USA berusaha merawat wabak ini, virus tersebut semakin merebak membuatkan ramai yang dijangkiti.

Pelakon: Matt Damon, Kate Winslet
Rating IMDb: 6.7/10

2.Flu (2013)

2 17

Filem Korea ini ditayangkan pada 2013, berkisarkan wabak H5N1 yang boleh membunuh pesakit hanya dalam masa 36 jam. Seram betul!

Pelakon: Soo Ae, Jang Hyuk
Rating IMDb: 6.7/10

3. Outbreak (1995)

3 20

Pada tahun 1967, virus Motaba ditemui di sebuah hutan di Afrika. Untuk menyembunyikan rahsia virus ini daripada orang ramai, tentera USA telah memusnahkan kem yang menempatkan askar yang dijangkiti virus tersebut. Apa yang terjadi selepas itu? Korang kena tonton sendiri!

Pelakon: Dustin Hoffman, Morgan Freeman
Rating IMDb: 6.6/10

4. The Andromeda Strain (1971)

4 11

Filem ini adalah adaptasi daripada novel yang ditulis oleh Michael Crichton. Mengisahkan Dr. Jeremy Stone yang terjumpa hidupan alien yang boleh menjangkiti manusia. Panjang sangat kalau nak tulis sinopsis filem ni, apa kata korang tengok sendiri!

Pelakon: Arthur Hill, James Olson, Kate Reid
Rating IMDb: 7.2/10

5. Kingdom (2019)

5 7

Sebenarnya Kingdom ini bukanlah filem, tetapi drama bersiri Korea. Disebabkan rating dan review netizen yang positif, admin terpaksa letak juga dalam senarai ini.

Mengisahkan wabak misteri yang melanda kawasan Sangju, membuatkan ramai orang telah dijangkiti dan mati. Korang wajib tengok sebab ramai yang kata best gila!

Pelakon: Ju Ji-hoon, Ryu Seung-ryoong
Rating IMDb: 8.3/10

6. Quarantine (2008)

6 6

Filem ini terdapat dua sekuel, Quarantine dan Quarantine 2: Terminal. Mengisahkan Angela, seorang wartawan yang terperangkap di dalam bangunan selepas manusia di situ bertukar menjadi zombie kerana dijangkiti virus. Apa yang jadi kepada Angela? Ha korang kena tengok la!

Pelakon: Jennifer Carpenter, Steve Harris
Rating IMDb: 5.9/10

7. Deranged (2012)

7 4

Filem Korea ini mengisahkan Jae-hyuk, seorang pakar dalam bidang biochemistry yang berusaha untuk mencari vaksin untuk virus yang menjangkiti isteri dan anaknya.

Pelakon: Kim Myung-min, Moon Jung-hee
Rating IMDb: 6.4/10

8. Cabin Fever (2003)

8 3

Sekumpulan pelajar sekolah menyewa sebuah rumah di dalam hutan dan telah membunuh seorang individu yang sakit dan tenat. Kesannya, individu yang dibunuh tersebut telah menyebarkan virus, membuatkan mereka sukar untuk hidup selepas dijangkiti.

Pelakon: Eli Roth, Cerina Vincent
Rating IMDb: 5.7/10

9. 28 Days Later (2002)

9 1

Rating IMDb untuk filem ini boleh dikatakan agak tinggi, mengisahkan virus misteri yang melanda United Kingdom. Sekumpulan individu yang terselamat telah bekerjasama untuk mencari vaksin virus ini.

Pelakon: Cillian Murphy, Naomie Harris
Rating IMDb: 7.6/10

10. 93 Days (2016)

10

Filem ini adalah kisah benar berkenaan virus Ebola yang pernah melanda Nigeria pada tahun 2014. Macam mana mereka selesaikan isu ini? Korang kena tengok sendiri sebab kebiasaannya filem berdasarkan kisah benar ni memang best!

Pelakon: Bimbo Akintola, Bimbo Manuel
Rating IMDb: 6/10

11. Pandemic (2016)

11

Selepas penyebaran virus ke seluruh umat manusia, dunia menjadi kelam kabut. Manusia bertukar menjadi zombie dan mereka yang terselamat perlu melarikan diri daripada zombie-zombie tersebut. Seram!

Pelakon: Rachel Nicholas, Alfie Allen
Rating IMDb: 4.4/10

12. Carriers (2009)

12

Mengisahkan sekumpulan kawan, Danny, Brian, Bobby dan Kate yang bercuti untuk melarikan diri daripada wabak virus di negara mereka. Namun, semuanya menjadi kelam-kabut apabila salah seorang daripada mereka sebenarnya telah dijangkiti virus.

Pelakon: Chris Pine, Piper Perabo
Rating IMDb: 6/10

13. Blindness (2008)

13

Sebuah virus yang dikenali sebagai ‘white sickness’ boleh membuat seseorang individu menjadi buta secara serta merta. Mengisahkan seorang isteri yang menjaga suaminya selepas dijangkiti virus tersebut. Hulk ada berlakon dalam filem ni!

Pelakon: Julianne Moore, Mark Ruffalo
Rating IMDb: 6.6/10

14. The Happening (2008)

14

Ramai daripada penduduk Amerika Syarikat mati selepas dijangkiti sebuah virus misteri. Virus tersebut sebenarnya adalah serangan bio-terrorist yang menyebarkan neurotoxin. Bahaya betul!

Jika korang pernah tonton 500 Days of Summer, Zooey Dischannel pun ada dalam filem juga ni tau!

Pelakon: Mark Wahlberg, Zooey Dischannel
Rating IMDb: 5/10

15. Zombi Kampung Pisang (2007)

15

Untuk berlaku adil kepada filem tempatan, slot terakhir untuk senarai filem berkaitan virus ini admin berikan kepada filem Zombi Kampung Pisang.

Tak payah ulas pun, rasanya semua di antara kita dah pernah tonton filem ni kan? Pecah habis!

Jangan pernah dilupa tagline yang tidak akan dimamah zaman:

“Itulah pentingnya English education”

Pelakon: Awie, AC Mizal
Rating IMDb: 5.1/10
Rating admin: 20/10 (Kelakar kot?!)

Maafkan admin jika sinopsis setiap filem di atas tidak terperinci ataupun kurang menarik. Sesetengah daripada sinopsis filem di atas diambil daripada Wikipedia dan admin hanya terjemahkan kepada Bahasa Melayu. (Demi pembaca setia Lobak Merah!)

Diharapkan selepas membaca artikel ini, korang boleh isi masa lapang bersama keluarga dengan menonton filem. Nyawa selamat, silaturahim pun erat!

BACA: “I’m speechless” – Dr. Amalina Kecewa Menteri Kesihatan Seolah-Olah Tidak Tahu Berkenaan Covid-19

Cats 14

Sumber: Giphy
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.