Baru-baru ini, seorang pekerja Bonia ada memuat naik sebuah video di TikTok berkenaan kelebihan yang disediakan oleh syarikat tersebut untuk para pekerja.
Antara kelebihan yang dikongsikan adalah tempat kerja yang selesa dan cantik, stok makanan ringan yang banyak, aiskrim jenama Inside Scoop secara percuma, makanan tengah hari secara percuma sekali dalam sebulan dan banyak lagi.
https://twitter.com/shaekmdn/status/1520184165156941825
Lain pula yang warganet perasan
Namun begitu, lain pula yang diperhatikan oleh warganet meskipun apa yang ditunjuk adalah kelebihan bekerja di Bonia.
Rata-rata warganet di ruangan komen video mempersoalkan mengapa hanya ada satu kaum yang dilihat menjadi pekerja Bonia di dalam video.
Malah, ada juga yang meluahkan rasa kecewa dengan diversiti pekerja di syarikat itu yang hanya didominasi oleh satu kaum dan berjanji tidak akan menyokong jenama ini lagi.
Bonia keluar kenyataan
Selepas isu ini menjadi bualan hangat di media sosial akaun rasmi Bonia ada mengeluarkan kenyataan rasmi di Twitter.
Jelas Bonia, ini hanyalah salah faham yang berlaku ke atas syarikat mereka. Diversiti dalam dunia pekerjaan adalah penting untuk perkembangan karier dan kemajuan jenama, jadi mereka sentiasa mengalu-alukan bakat daripada semua latar belakang.
Video tersebut hanya menunjukkan sebahagian dari syarikat dan tidak mencerminkan kami secara keseluruhan. Kami mengamalkan diversiti dalam polisi pengambilan pekerja dan protokol untuk melatih staf kami,” tulis Bonia.
https://twitter.com/BoniaOfficial/status/1520357472904441863
Pada akhir kenyataan, Bonia menyatakan mereka menghargai pandangan yang diberikan oleh pelanggan dan akan terus memastikan jenama mereka dinikmati dengan baik oleh ramai.