Pekerja Ubah Suai Rumah Terkejut Tengkorak Manusia Jatuh Dari Siling

Jadikan sumber pilihan di Google
Manusia

Seorang pekerja pengubahsuaian berdepan pengalaman ngeri selepas menemukan rangka manusia ketika melakukan kerja membaiki sebuah kediaman berasingan dua tingkat di daerah Lam Luk Ka, Pathum Thani, Thailand.

Kejadian berlaku ketika lelaki berusia 59 tahun itu sedang membersihkan siling di tingkat dua sebelum satu tengkorak manusia jatuh secara tiba-tiba dari lubang siling, sekali gus mencetuskan pemeriksaan lanjut oleh pihak berkuasa.


Screenshot 2026 01 10 At 11.41.31 Am

Artikel berkaitan: Tak Sempat Elak Motosikal Tiba-tiba Tukar Arah, Suami Isteri Patah Tulang, Kereta Dipandu Terbabas

Artikel berkaitan: Video Beri Gelandangan Nasi & Sisa Tulang Ayam, 3 Lelaki Boleh Dikenakan Denda RM500,000

Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan rangka lengkap yang masih berpakaian bersama beberapa barangan peribadi termasuk pemotong wayar dan kad pengenalan milik seorang pekerja migran warga Kemboja.

Siasatan awal mengesyaki mangsa maut akibat renjatan elektrik ketika cuba mencuri pendawaian daripada rumah yang tidak berpenghuni itu. Penduduk setempat memaklumkan kediaman berkenaan telah lama ditinggalkan dan sering menjadi sasaran kecurian wayar.

Screenshot 2026 01 10 At 11.41.40 Am

Pihak penyiasat turut percaya rangka tersebut milik seorang pekerja binaan berusia 29 tahun yang dilaporkan hilang kira-kira dua tahun lalu. Keluarganya sebelum ini difahamkan pernah mencarinya sebelum pulang ke Phnom Penh selepas usaha berkenaan tidak membuahkan hasil.

Sumber: Sinar Harian

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pekerja Ubah Suai Rumah Terkejut Tengkorak Manusia Jatuh Dari Siling
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pekerja-ubah-suai-rumah-terkejut-tengkorak-manusia-jatuh-dari-siling/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen