in

[VIDEO] Boleh Ke Polis ‘Check’ Phone Kita? Ini Yang Korang Boleh Buat Jika Diminta Periksa…

Untitled Design 2022 05 24T163120.715

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdapat beberapa situasi yang memaksa atau memerlukan kita untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti polis atau penguatkuasa tempatan.

Perkara ini juga mungkin sampai ke tahap pihak berkuasa perlu memeriksa barangan peribadi seperti telefon bimbit kepunyaan kita tetapi korang tahu tak sebenarnya boleh ke pihak polis nak ‘check’ phone kita?


https://www.tiktok.com/@syahredzan/video/7100754812857355547?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080453898682746370

Menurut perkongsian Syahredzan Johan yang merupakan Peguam dan Pengerusi Biro Media Sosial DAP dalam TikTok miliknya menerangkan adakah polis dibenarkan untuk memeriksa telefon bimbit kita.

“Polis memang boleh periksa phone kita tetapi hanya kalau mereka syak jika kita anda melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang” katanya.

Dia juga memberi contoh, jika kita sedang ditahan atau dalam tahanan pihak polis maka segala akses telefon diberikan sepenuhnya kepada pihak polis, walaupun telefon kita itu mempunyai kata laluan dan sebagainya.

Bagaimanapun, kita tidak perlu memberikan telefon bimbit kita kepada pihak polis jika kita tidak disyaki melakukan kesalahan atau sedang disiasat.

Susulan daripada video tersebut, Syahredzan memuat naik satu lagi video berkenaan topik yang sama, dimana apa yang perlu dilakukan jika kita berhadapan dengan situasi tersebut.

@syahredzan

Polis check phone kita, bahagian 2: apa boleh kita buat? #polis #isu #malaysia #malaysiatiktok #fyp #isusemasa

♬ Gatal – Janna Nick

Menurutnya, perkara pertama yang perlu dilakukan jika anda berada dalam situasi seperti itu ialah tanya kepada polis berkenaan mengapa hendak periksa telefon bimbit kita dan jika polis itu tidak memberikan sebab yang tepat atau jelas maka kita tidak perlu memberikan telefon kita pada pihak berkuasa itu.

Pun begitu, jika pihak polis berkata kita disyaki melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang maka lebih baik jika kita berikan telefon bimbit tersebut kepada pihak polis kerana jika kita gagal berbuat demikian kita boleh dikatakan menghalang tugas polis.

“Kita bagi phone tu tak semestinya kita setuju, kita beri kerjasama tapi kalau kita rasa sebenarnya tiada asas pun dia untuk check phone kita, kita boleh pertimbangkan untuk mengambil tindakan saman kepada pihak berkuasa” katanya. 

Know your rights ok!

Baca: Tular Video Pakcik Tua Kena Belasah Di Padang Jawa, Suspek Dah Ditahan Polis Semalam

Untitled Design 2022 05 24T161608.687

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.