Sejak serangan pandemik Covid-19 ini menular di seluruh dunia ramai peniaga tidak melepaskan peluang dalam menjual sanitizer atau produk mereka sendiri.
Bagaimanapun, yang mengecewakan bila ada penjual yang menggunakan agama dan isu halal haram bagi melariskan produk mereka, lapor Berita Harian.
Dr. Ismaniza Ismail, pensyarah Fakulti Sains Gunaan di UiTM berkata ada sesetengah penjual tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan
Kami mengesan banyak pihak tidak bertanggungjawab menghasilkan produk sanitasi sendiri tanpa pengesahan keberkesanan produk. Mereka mengeksploitasi keadaan semasa untuk mengutip keuntungan segera, sedangkan produk itu sebenarnya tidak menepati piawaian ditetapkan.
Lebih membimbangkan ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan pengguna.” – Dr. Ismaniza Ismail
Isu ini turut mendapat perhatian ramai netizen, malah siap ada yang kongsikan pengalaman masing-masing lagi.
Ni baru boleh dikategorikan sebagai penunggang agama
Kalau tak jual agama macam mana ustaz dan lebai nak hidup
Pastikan buat pilihan yang betul ye..