in

“Boleh prank kawan” – Seller Di Shopee Jual ‘Parcel Tak Bertuan’ Dari Warehouse China

Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni dah mudah nak shopping, tak perlu keluar rumah hanya online je boleh dapat macam-macam barang. Disebabkan kemudahan ini, ramai orang yang suka buat impulse buying di mana dorang tengok je ada benda murah atau cantik terus beli tanpa fikir dua tiga kali.



Jadi, untuk korang yang suka dengan online shopping ni tapi dah tak ada idea nak beli apa atau nak dapatkan thrill beli barang suka-suka tanpa tahu apa isi dekat dalam, korang boleh cuba buat benda ni.

Screenshot 2021 06 08 At 5.50.04 Pm

Parcel misteri dari warehouse di China

Dekat Shopee, ada satu seller yang jual parcel  tak dituntut atau tak bertuan yang datang dari warehouse di China. Tapi, penjual ni dah buat disclaimer siap-siap mungkin barang yang korang akan dapat hanyalah sampah semata-mata.

Parcel dari werehouse China yang  tak jumpa owner. Tak tahu dalam ada benda apa.”

Menurut seller ini, menurut beberapa feedback, ada pelanggannya yang dapat pen, tempered glass, vitamin tanah untuk bercucuk tanam dan macam-macam lagilah.

Tak cukup dengan itu, seller ni turut berikan idea untuk beli parcel ni bagi dijadikan hadiah atau untuk prank kawan-kawan.

Screenshot 2021 06 08 At 5.53.38 Pm

“Kalau jenis kaki complain tak payah beli kang dapat keychain je”

Dekat bawah ni adalah beberapa feedback dari orang-orang yang dah pun beli parcel misteri ni:

Screenshot 2021 06 08 At 5.44.07 Pm Down

Kalau korang nak jugak bolehlah try tapi jangan marah pulak bila bukak tak dapat apa-apa okay? Nak beli klik sini.

 

Baca: “Tak ada dalam site” – Shopee Sahkan Gambar Vaksin Tular Dijual Dalam Lamannya Adalah Palsu

Screenshot 2021 06 08 At 5.51.44 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.