in

“Tak ada dalam site” – Shopee Sahkan Gambar Vaksin Tular Dijual Dalam Lamannya Adalah Palsu

Vaccine Shopee 672X420 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial gambar vaksin Covid-19 Pfizer dikatakan kononnya boleh dibeli secara online melalui platform Shopee.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan yang bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM telah menjalankan siasatan dan mendapat iklan yang tular itu adalah palsu, lapor Harian Metro.


“Bahagian Penguatkuasaan Farmasi KKM serta melalui unit forensik siber serta kerjasama dengan pihak berwajib tempatan lain dan antarabangsa Interpol sememangnya sentiasa memantau keadaan semasa dan penjualan vaksin di dalam talian.

“Vaksin yang sudah pun diberikan pendaftaran bersyarat, hanya boleh dibekalkan pihak kerajaan dan pihak dibenarkan oleh kerajaan.”

Vaccine Shopee 672X420 1

Pun begitu, KKM tak menafikan yang banyak vaksin tiruan telah dijual di pasaran dan menasihatkan orang ramai untuk menerima vaksin hanya dari KKM dan sumber yang boleh dipercayai.

Manakala Shopee pula telah menjelaskan gambar tular tersebut tak ada dalam senarai jualan mereka dan ianya imej palsu yang telah disunting, lapor MalaysiaKini.

Pemilik ciapan tersebut telah sahkan yang imej tersebut telah disunting dan sememangnya palsu.”

Selain itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Zainuddin Yaacob mengatakan dia tak menolak kemungkinan yang iklan seperti ini akan muncul lagi di masa hadapan dan memandangkan kerajaan memberikan vaksin secara percuma, tawaran menjual vaksin ini mungkin hanya scam.

 

Baca: “Jangan risau, kita simpan rekod” – Daftar Vaksin Awal Tapi Tak Keluar ‘Berjaya Mendaftar’? Ini Penjelasan KJ…

Screenshot 2021 03 05 At 5.33.31 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.