in

Boleh Keluarkan Dari RM 9,000 Hingga RM60,000 Dari Akaun 1, Pencarum Boleh Mohon i-Sinar Mulai Disember

Kwsp 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas isu pengeluaran KWSP Akaun 1 menjadi buah mulut rakyat Malaysia akibat pandemik global Covid-19, kerajaan akhirnya bersetuju untuk membenarkan mereka yang terjejas untuk mengeluarkan simpanan tersebut.


Kata putus ini telah pun dibentangkan dalam Belanjawan 2021 sebelum ini. Disebebkan itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperluaskan skop bantuan yang dikenali sebagai i-Sinar ini, dimana ia merangkumi ahli kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.

 

Pencarum boleh keluar RM 9,000 hingga RM 60,000 daripada Akaun 1 KWSP

Dalam kenyataan hari ini, i-Sinar bakal memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion tersedia untuk ahli layak. Lapor Harian Metro.

Ahli layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.”

Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Jumlah pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Malah, mereka boleh Akses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, namun tertakluk kepada baki minimum RM100.

Ahli mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah di dalam Akaun 1, akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000.

Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.Ahli mempunyai baki lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1, akan mempunyai akses 10 peratus, namun jumlah maksimum boleh didahulukan adalah RM60,000.”

Amaun pendahuluan akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

 

Perlu bayar balik menerusi caruman sebanyak 100%

Walaubagaimanapun, ahli yang membuat keputusan untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun didahulukan. Maknanya, caruman akan datang perlu dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan diterima digantikan semula.

“Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2.”

Apapun, KWSP menggalakkan pencarum untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk tentukan amaun diperlukan jika ingin memohon i-Sinar.

“Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat”

Dalam Belanjawan 2021 lepas kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar dimana ahli boleh mengeluarkan RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

 

Baca : Individu Layak Boleh Mula Mohon Pengeluaran Akaun 1 KWSP Bulan Depan

Layak

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.