in

Individu Layak Boleh Mula Mohon Pengeluaran Akaun 1 KWSP Bulan Depan

Untitled Collage 74

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan mengumumkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 oleh ahli-ahlinya yang dikenali sebagai i-Sinar pada 18 November nanti.


Memetik laporan Berita Harian, i-Sinar diwujudkan hasil rundingan mendalam bersama pihak berkepetingan bagi menjamin kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

KWSP dalam kenyataannya menyebut bahawa pihaknya yakin amaun yang boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 melalui kemudahan i-Lestari, dapat membantu ahli terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka pendek.

Untuk rekod, i-Sinar adalah lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari. Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula bulan hadapan, dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021.

 

Baca: Belanjawan 2021: Ahli KWSP Boleh Keluarkan RM500 Sebulan Selama 12 Bulan Dari Akaun 1!

K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.