in

“Bodoh ke dia ni?” – Ibu Sanggup Jual Anak Kembar Semata-mata Nak Beli Handphone Baru

Mother Sells Twin Babies For Rm26500 To Buy A New Phone And Pay Off Card Debts World Of Buzz 2

Sekarang ni, semata-mata nak nampak kaya di media sosial, ramai yang sanggup lakukan apa saja untuk beli barang-barang mahal dan mewah. Tapi, apa yang wanita ni buat, memang tak boleh nak diterima akal langsung…

Seorang ibu berusia 20 tahun dari Bandar Cixy, Zhejiang, China yang hanya dikenali sebagai Ma ini terdesak untuk bayar hutang kredit kad, disebabkan dia tak boleh nak minta tolong ibu bapanya yang marah dengan berita dia mengandung atau teman lelakinya yang kaki judi, wanita ini buat keputusan yang mengejutkan.

Menurut Guanghua Daily, Seminggu selepas Ma melahirkan anak kembar lelaki, Ma telah menjual seorang anaknya dengan harga 45,000 yuan (RM26,500) manakala lagi sorang dijual dengan harga 20,000 yuan (RM11,735).

Mother Sells Twin Babies For Rm26500 To Buy A New Phone And Pay Off Card Debts World Of Buzz 4
Sumber: guanghua daily

Hasil jualannya, wanita ini berhasil untuk selesaikan hutang kad kreditnya dan beli telefon baru. Teman lelakinya yang dapat tahu tentang tindakan wanita ini telah meminta agar dia juga diberikan sebahagian wang tersebut untuk melunaskan hutang judinya.

Namun perlakuan kejam ibu bapa ni akhirnya dapat dihidu polis dan pasangan ini telah ditangkap. Ketika ditahan, pihak polis mendapat tahu duit hasil dari penjualan anak kembar mereka ini telah pun habis digunakan.

Saya tak ada duit dan banyak hutang. Saya terpaksa buat macam ni.”

Bukan tu je, pihak berkuasa juga dapat mencari dua pasangan yang membeli bayi kembar ini dan kedua bayi ini telah pun selamat diletakkan di bawah penjagaan ibu bapa Ma.

Orang macam ni pun ada ke?

 

Baca: “Kami takde pilihan” – Sebab Nak Langsaikan Hutang Ibu Tergamak Nikahkan Anak Umur 10 Tahun Dengan Lelaki 50 Tahun

Screenshot 2019 09 09 At 2.46.51 Pm