in

“Kami takde pilihan” – Sebab Nak Langsaikan Hutang Ibu Tergamak Nikahkan Anak Umur 10 Tahun Dengan Lelaki 50 Tahun

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kesempitan hidup merupakan salah satu punca terbesar kenapa perkahwinan bawah umur berlaku. Ramai ibu bapa sanggup kahwinkan anak mereka yang masih kecil kerana dijanjikan duit dan ‘jalan keluar’ dari kemiskinan.

Sama seperti ibu yang berasal dari Pakistan ini, dia ditahan polis kerana memaksa anak perempuannya yang baru berusia 10 tahun untuk berkahwin dengan lelaki yang hampir seusia dengan suaminya sendiri.


Nintchdbpict000374290775
Sumber: the sun

Menurut The Sun, pada Disember 2017, pihak polis mendapat laporan tentang perkahwinan antara kanak-kanak ini dan lelaki berusia 50 tahun akan berlangsung di rumah seorang lelaki. Tanpa membuang masa, pihak polis terus menyerbu majlis perkahwinan tersebut.

Malangnya, pengantin lelaki sempat melarikan diri ketika serbuan dilakukan. Pihak polis telah menahan 11 orang yang terlibat dalam perkahwinan ini termasuk ibu kanak-kanak tersebut.

Nintchdbpict000374290778
Sumber: the sun

Ibu kanak-kanak ini, Masmat Nabiat berkata, dia bersetuju untuk kahwinkan anaknya kerana dia perlu membayar hutang sebanyak 650,000 Rupee (RM18,538) dan pengantin lelaki berjanji untuk memberikan wang sebanyak 1,000,000 Rupee (RM29,000) kepada wanita ini sekiranya dia bersetuju untuk mengahwinkan anaknya.

“Suami saya sakit, jadi untuk bayar ubat-ubatnya kami perlu berhutang. Suami saya tak boleh berdiri atau berjalan sebab itu dia tak hadir masa majlis nikah anak kami.

“Kami tak ada duit untuk bayar semula hutang kami. Orang tersebut memaksa kami untuk menjual rumah untuk selesaikan hutang.

“Tiba-tiba saya dapat panggilan dari Muhammad Mehar (orang tengah) dan dia tawarkan duit 1,000,000 Rupee jika kami bersetuju untuk kahwinkan anak perempuan kami Jeetmal Mehar.

“Bukan niat kami nak paksa anak kami berkahwin dengan lelaki umur 50 tahun, tapi kami tak ada pilihan lain.

“Bakal pengantin lelaki juga bersetuju untuk tak minta apa-apa hantaran dan dia akan tanggung kos perkahwinan.”

Seorang kadi, Qazi Haji Solangi yang turut ditahan semasa serbuan tersebut berkata dia tak tahu pengantin perempuan yang bakal dia nikahkan itu berusia 10 tahun. Obvious kot nampak macam budak kecik.

Nintchdbpict000374290780
Sumber: the sun

“Saya tak tahu umur budak itu hanya 10 tahun kerana saya tak tanya umur pengantin lelaki atau perempuan.

“Saya hanya tanya nama mereka dan nama ibu bapa mereka saja untuk nikahkan mereka.”

Untuk pengetahuan korang, walaupun pihak polis berterusan cuba membanteras perkahwinan bawah umur, masih ramai lagi pihak yang berani mengambil kesempatan terhadap keluarga-keluarga miskin di sana.

Macam baru-baru ni, ketua polis Kashmore IGP Dr Jamil Ahmed telah memuatnaik gambar seorang pengantin kanak-kanak berusia 10 tahun yang sempat diselamatkan dari berkahwin dengan lelaki berumur 40 tahun di Twitternya.

UNICEF menganggarkan, 3 peratus kanak-kanak di Pakistan berkahwin sebelum umur 15 tahun dan 21 peratus sebelum umur 18 tahun. And, kalau korang nak tahu punca perkahwinan bawah umur biasanya sebab kemiskinan, tak berpelajaran tinggi atau budaya setempat.

Perkahwinan bawah umur bukan penyelesaian untuk keluar dari kemiskinan. Pelajaran lagi penting.

 

Baca: Lagi Kes Kahwin Bawah Umur Di Kelantan!

Screenshot 2019 05 06 At 11.03.20 Am

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.