in

“Bod*h punya orang…” – Geng Mat Rempit Pakai Baju Melayu Buat Onar Tunjuk ‘Skills’ Atas Jalan

Mat Rempit Sakai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Bod*h punya orang..." - Geng Mat Rempit Pakai Baju Melayu Buat Onar Tunjuk 'Skills' Atas Jalan
Loading
/

Orang lain sambut hari raya dengan meluangkan masa bersama keluarga, sanak saudara. Yela, macam-macam nak dibualkan, apatah lagi kalau jarang dapat jumpa. So, waktu raya memang masa paling sesuai nak update macam macam kan?


Tapi, sekumpulan mat rempit sebaliknya buat aktiviti tak berfaedah dan menaikkan kemarahan ramai sebab membahayakan nyawa orang lain. Sebuah video viral selepas dimuat naik oleh satu page di Facebook 6 Jun lepas, menunjukkan lebih kurang 10 orang mat motor berpakaian lengkap baju Melayu tengah enjoy dengan aktiviti merempit.

Mat Rempit1
sumber: facebook

Video berdurasi 1 minit tu ada background music lagu raya sambil tunjuk rakaman geng ni tunjuk ‘skill‘ masing-masing atas jalan raya. Tiada seorang pun yang memakai helmet dan dengan selamba mereka conquer jalan raya tu sambil buat macam-macam stunt antaranya wheelie, superman dan scorpion.

Dalam video tu boleh nampak dorang buat stunts ni dekat dua tempat berbeza. Ada di jalan dekat kawasan kampung dan ada juga dekat kawasan highway.

Walaupun tak banyak kenderaan tapi ada beberapa shot yang menunjukkan beberapa kereta tengah lalu lalang tapi dorang memang tak ada rasa bersalah sebab selamba je lambai dan senyum dekat camera bila tengah record buat stunt tu.

Mat Rempit2

Mat Rempit3
sumber: facebook

Page yang muat naik video ni bagaimanapun tidak menyatakan di mana dan bila video ni diambil sebab tiada kenyataan rasmi daripada pihak polis. Tapi ramai netizen yang tengok video tu bengang dengan perangai geng mat rempit ni semua sebab membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

“Kalau meninggal time raya terus masuk syurga ke?”

“Kalau dah duduk atas wheel chair kau wheelie la puas-puas.”

“Orang Melayu kita ni masih tiada kesedaran dalam jiwa dan tak menghormati Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini.”

“Anak Melayu bab ni memang berani mati.”

“Hebat sangat ke ni? B*doh!”

“Belum hilang kaki tangan sebab tu tak sedar-sedar lagi.”

Tonton video di bawah:

Tak kisah lah video ni dirakam bila, kalau video lama sekali pun memang tak patutlah dorang nak buat onar macam tu. Cuba kalau ada nyawa yang melayang sebab dorang? Nak kata apa? Kalau time tu baru nak menyesal memang tak ada guna.

Baca: “Anjing berani bila ada geng je” – Kepala Lelaki Ini Kena 4 Jahitan Dibelasah 10 Mat Rempit

Belasah6

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.