
Tak sangka dah tahun 2019 wujud lagi orang-orang yang mentaliti kelas ketiga macam ni, berani bila beramai-ramai tapi berseorangan kecut perut.
Hanya disebabkan masalah kecil tapi diperbesarkan sampai nak cetuskan kekecohan di khalayak ramai.
Kesian, marah, geram bercampur aduk bila keterujaan si ayah nak sambut hari lahir bersama keluarga menjadi tragis apabila dia dibelasah oleh sekumpulan mat motor hanya kerana silap kecil.
“Terlanggar berhimpit himpit motor je sampai macam ni cousin aku kena tetak 4 jahitan kat kepala.”
Menurut lelaki ini, difahamkan ada sedikit silap yang sepupunya lakukan kepada penunggang motosikal lain semasa di atas jalan. Katanya, hanya terlanggar ketika sedang berhimpit.
Disebabkan itu dia dirembat oleh sekumpulan penunggang motosikal ketika berada di stesen petrol. 10 lawan 1 memang lah dia yang menang.
Malah mangsa terpaksa menerima 4 jahitan di kepala akibat dihentak beramai-ramai menggunakan helmet. Korang tengok sendiri apa yang terjadi, rasa macam tak adil kan?
Sedih balik nak sambut birthday ayah tiba tiba si ayah dapat surprised mcm ni anak sorang dah ada sakit jantung pastu kena belasah 10 orang. Kesalahan terlanggar berhimpit himpit motor je sampai mcm ni cousin aku kena tetak 4 jahitan kat kepala.
Mana sifat perikemanusiaan. pic.twitter.com/WFzuUNJoEd
— Jack Frost ?? (@effh__) May 2, 2019
Sedihnya bila dapat tahu nasib mangsa ni, lebih kesian niat nak sambut hari jadi tapi tak sangka pula jadi macam ni, malang tak berbau.
??? pic.twitter.com/fg2OiKzLp2
— Jack Frost ?? (@effh__) May 2, 2019
Apa yang membuatkan netizen bertambah geram adalah sikap agresif mereka ni amat melampau, sampai 10 orang belasah 1. Masing-masing geram dengan sikap dayus mereka ni.
Bagaimanapun 2 daripada mereka telah ditahan, kejadian ini berlaku di Iskandar, Johor.
Anjing ni berani bila ada geng je – Netizen
Rata-rata jijik dengan sikap mereka yang acah-acah berani ni, apa pun kalau ada cerita selanjutnya sama-samalah kita fikir, mungkin ada pihak lagi satu boleh ceritakan, tapi benda boleh settle elok-elok buat apa sampai nak naik tangan kan?
