in

“Boba terbaru tu” – Dah Minum Separuh, Wanita Kembang Tekak Jumpa Cicak Hidup Dalam Minuman

Cicak Berenang 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min nak tanya, korang pernah tak ada pengalaman beli makanan atau minuman kat luar ke pastu dapat ‘bahan ekstra’?


Kalau tengok kat internet dan media sosial, memang banyak kisah orang kongsikan dimana mereka ada terjumpa bendasing dalam makanan atau minuman mereka. Ada yang jumpa ulat, cicak dan ada juga yang terjumpa tali mop. Macam-macam…

Kali ni, min nak kongsikan satu kejadian sama yang menimpa seorang wanita ini dimana dia telah menjumpai seekor cicak hidup dalam minumannya. Nak dijadikan cerita, minuman tu dah pun diminum separuh sebelum wanita berkenaan menyedari kehadiran haiwan itu.

Korang boleh tengok video tu kat bawah ni tapi min nak bagi warning awal-awal, kalau korang jenis geli cicak, baik jangan tengok. Takut-takut hilang selera makan nanti.

@kenalinmelin

Padahal ketutup dia gmn masuknya ??

♬ suara asli – MilkKuat – MilkKuat

“Macam mana boleh masuk padahal cawan tertutup?”

Menerusi video yang dikongsikan ke akaun TikTok @kenalinmelin, wanita terbabit meramkan detik apabila dia menemukan seekor cicak bersaiz agak besar di dalam cawan minumannya yang sudah tinggal separuh.

Cicak Berenang 1 E1658635083430

Lebih menggelikan apabila cicak terbabit masih hidup dan bergerak-gerak ketika cawan terbabit disentuh.

“Padahal ditutup, cicak macam mana masuknya?” tulis kapsyen video itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan rasa geli mereka sebaik melihat cicak terbabit seolah-olah berenang-renang dalam minuman tersebut. Ada juga yang berkongsi pengalaman sama terjumpa haiwan dalam makanan mereka.

“Cicak dan tikus ni jatuh kategori haiawn misteri. Boleh muncul dalam botol minyaklah, cawanlah walaupun dah ditutup,” tulis seorang netizen.

“Kalau akulah yang jumpa ni, tobat dah tak beli air kat luar,” komen warganet lain pula.

“Aku punya terkejut nampak cicak tu hidup lagi sampai terbaling henpon sendiri,” kata yang lain pula.

Ada juga yang sempat berseloroh mengatakan cicak terbabit mungkin hanyalah satu perisa tambahan dan mungkin adalah jeli terbaru.

“Kak, tu boba baru tu kak. Selamat dimakan,” gurau netizen.

“Lagi berlemak air tu kalau makan sekali ‘jeli’ tu,” kata yang lain pula.

Sumber: TikTok @kenalinmelin

Baca: “Dapat perasa extra”- Gadis Ini Trauma Makan Pecel Ayam Lepas Temui Cicak Dalam Makanan

Feature 1 New E1658629703871

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.