Peminat bola sepak antarabangsa pastinya kecewa selepas mendengar khabar tentang bintang Argentina, Sergio Aguero yang mungkin terpaksa bersara awal.
Bekas bintang Manchester City yang kini berkhidmat di Barcelona itu dikhabarkan terpaksa berehat selama tiga bulan berikutan masalah jantung yang dihadapinya ketika ini.
Memetik laporan SB Nations, pemain bola sepak berusia 33 tahun itu mengalami masalah jantung yang serius yang memungkinkan beliau memilih untuk bersara awal. Walaubagaimanapun, Aguero akan menjalani pemantauan dan beberapa pemeriksaan untuk beberapa bulan yang mendatang namun sinar untuk beliau kembali beraksi di puncak kariernya masih samar-samar.
Tempoh rehat panjang Aguero itu juga turut disahkan pihak Barcelona FC melalui satu tweet dari akaun rasmi mereka @FCBarcelona
LATEST NEWS | Barça player Kun Agüero has been subjected to a diagnostic and therapeutic process by Dr. Josep Brugada. He is unavailable for selection and, during the next three months, the effectiveness of treatment will be evaluated in order to determine his recovery process. pic.twitter.com/My9xWpm6I4
— FC Barcelona (@FCBarcelona) November 1, 2021
Untuk ketika ini, marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan buat bintang Argentina, Sergio Aguero.