“Bila tanya harga, pandai pulak dia reply”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Zaman sekarang ini, memang mudah je nak minta tolong orang ramai. Asalkan korang tak menipu, tunjuk bukti, then semua boleh settle cepat. Kalau kita tengok dekat Instagram pun, ramai artis-artis yang senang viralkan benda-benda macam ini. Kan!

Pun begitu, ia berbeza dengan situasi lelaki ini apabila pertolongan dia langsung tak dilayan. Seriously? Menurut Fadhil Sufi menerusi laman Facebooknya, dia luah rasa kesal dan marahnya apabila pertolongan yang dia minta dekat salah satu portal terkenal di Malaysia, langsung tak dilayan. Malah diberi ‘bluetick pulak. Kesiannyaaaa!

Sumber: Facebook

Dia bagi bluetick je bila kita minta tolong postkan 1 urgent posting. Sebab apa? Sebab FREE lah. Sepatah pun dia tak jawab.”

Pada mulanya Fadhil dm blog ini menerusi Facebook Messenger untuk minta postkan satu urgent posting, iaitu nak minta pertolongan netizen untuk bagi derma dekat seekor kucing yang baru dilanggar. Tapi bila Fadhil DM, portal tersebut hanya bagi ‘bluetick dan tak ada apa-apa respon langsung. Ishhhh…

Beberapa hari lepas itu, dia try tanya harga untuk buat ‘iklan’ dekat Facebook portal tersebut.

Sumber: Facebook

“Tiba-tiba jari dia pandai pulak menaip. Untuk benda-benda free, benda-benda jariah ini jari dia automatik pandai kudung kot,” kata Fadhil. 

Jelas sekali Fadhil rasa dengan buat iklan tersebut, langsung tak berbaloi. Tambahan lagi dengan layanan yang diberi. Kann!

Sumber: Facebook

“Memang satu slot status/posting kat page kau tu boleh bagi pulangan paling murah pun RM2.5k sebagai profit. Tapi luak ke kau punya modal kalau kau guna untuk satu slot media kau sebagai kau punya social responsibility?” Betul jugak kan…

“Berapa RM kau kena spend untuk kau up posting urgent macam itu untuk kurangkan derita seekor makhluk? Tulang dia terkeluar lah bangang! Kalau kau boleh buat bodoh semalam sebab kau terlalu bakhil, semoga Allah letakkan kau dalam situasi kucing itu satu hari nanti.”

Difahamkan Fadhil jugak ambil keputusan untuk terus unfollow portal tersebut. Dia juga minta orang ramai untuk join dia unfollow. Haa kan tak pasal-pasal!

Tepuk dahi admin tengok list harga tuuuu!!

Baca: Kucing Pun Ada Perasaan…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.