Bila Penyanyi K-pop Dikata Nabi Isa a.s, Akaun Troll Ni Dikecam Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Rasanya semakin ramai orang tahu mengenai kegilaan dan ketaksuban para peminat K-pop dan K-drama seluruh dunia.

Tengok sajalah reaksi mereka setiap kali mengulas lagu, rupa, lakonan, nyanyian dan pakaian idola-idola mereka ni. Memang luar biasa.

Nabi Isa tu Seungri!?

Tapi ketaksuban seorang peminat yang membuat fake account ni membuatkan netizen marah.

Mana taknya, disamakan Nabi Isa a.s dengan salah seorang penyanyi K-pop terkenal, Seungri dari kumpulan Big Bang.

Sumber: Twitter

Selain Seungri dan Taeyang, Big Bang turut dianggotai oleh G-Dragon, T.O.P. dan Daesung.

Tak salah kalau nak minat tu tapi kalau dah sampai buat statement ni, apa masalah kau dik?

Dan ia bukan kali pertama dia membuat kenyataan pelik.

Sumber: Twitter

Siap kaitkan dengan Dr. Zakir Naik. Dah kenapa dia ni?

Wajah cantik, aksi tarian pikat peminat

K-pop dah lama menular dalam kalangan peminat tempatan tanpa mengira jantina, bangsa, latar belakang dan umur.

Dengan wajah yang cantik atau kacak, aksi tarian mengghairahkan serta suara yang memikat hati, K-pop juga telah mempengaruhi fesyen dan budaya masyarakat kita.

Sumber: YouTube
Sumber: Kpopmap
Sumber: Blog

Gila tak boleh bawa bincang

Tapi tahap merapu akaun troll ni dengan mengaitkan penyanyi K-pop dengan bab agama boleh dikatakan agak melampau.

Sampaikan orang ramai rasa dia ni dah tahap taksub dan gila yang tak boleh bawa berbincang.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Tak salah untuk meminati selebriti atau artis Korea ni.

Tapi janganlah sampai terlalu mengagungkan atau memuja mereka hingga membuat kenyataan mengguris perasaan orang lain.

Baca: Sisi Gelap Gadis Kpop Yang Ramai Tak Tahu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.