Dari hari ke hari industri Kpop semakin berkembang dan dikenali sehingga ke setiap pelusuk dunia baik kumpulan lelaki mahupun kumpulan perempuan.
Kalau yang girl group tu hampir semua cantik-cantik belaka dengan pakaian yang glamor. Tapi korang tau tak banyak yang perlu dorang hadap dan korbankan demi untuk dikenali. Meh admin nak bagitau sisi gelap gadis Kpop yang ramai tak tahu.
1. Eksploitasi pada usia muda
Penyanyi Kpop mula di train untuk menyanyi dan menari pada usia yang sangat muda. Bila dorang debut, management dan stylist langsung tak mempertimbangkan umur dorang yang majoritinya masih belasan tahun dan memberikan pakaian yang singkat dan menjolok mata untuk dipakai.
Mereka terus menerus dieksploit dengan tarian dan gerakan yang seksi selagi masih berada di bawah syarikat yang menguruskan mereka lagi-lagi sebab dengan cara ini, mereka akan dapat dikenali. Macam kumpulan Stellar, ahli kumpulan ni terpaksa ikutkan je dengan konsep yang sangat erotic.
2. Sponsorship dan dilacurkan
Terkejut? Inilah realiti yang terpaksa dilalui ahli girl group Kpop lagi-lagi kalau yang baru nak naikkan nama mereka. Dikatakan, management artis-artis ni yang akan keluarkan list nama beserta harga kepada businessman dan lelaki lain yang berpengaruh. Duit yang mereka dapat dengan ‘menjual’ artis mereka akan diguna untuk tampung kos yang diperlukan untuk debut.
Harga setiap ahli girl group pulak tak sama dan bergantung kepada tahap populariti dorang. So basically, lagi popular penyanyi tu, lagi mahal harga dorang. Bukan takat tu je, dorang siap ada “pregnancy management clause” yang tertulis, kalau artis-artis ni TERmengandung, orang yang sponsor tu kena membiayai kos menggugurkan anak di luar negara. Dahsyatkan?
3. Terpaksa hadap gangguan seksual
Yang ni scary okay… Banyak je sekarang ni penyanyi Kpop perempuan yang mendedahkan dorang kena harrassed dengan CEO entertainment label. So, pakcik-pakcik CEO ni mula-mula akan buat baik dan memuji gadis-gadis yang dorang suka serta berjanji untuk jadikan dorang popular, lepas tu startlah tangan merayap dan kalau tak bagi apa yang dia nak, jangat harap dapat jadi popular!
Selain tu, dorang juga sering kali diganggu oleh fanboys yang menggatal dan yang suka curi-curi mengambil gambar atau video dari bawah skirt. Tak kurang juga golongan atasan yang suka ambil kesempatan dekat dorang ni. Basically, dorang berani buat macam ni dekat gadis-gadis tu sebab dorang tau perbuatan yang dilakukan tu tak akan dilaporkan.
4. Dipaksa buat plastic surgery
Ye, buat plastic surgery dalam kalangan artis Kpop bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi bukan semua yang menjalani pembedahan ini melakukannya atas kehendak sendiri sebab dorang selalunya akan ‘dicadangkan’ untuk upgrade muka mereka. Dah ramai artis perempuan Kpop yang open up bagitau pasal ni.
5. Dipaksa untuk jadi kurus
Kurus tu cantik! Itulah perspektif salah yang terpaksa ahli girl group hadap. Dorang ni akan ditimbang setiap masa sebab pihak pengurusan nak tengok kalau berat mereka melebihi daripada yang sepatutnya. Company dorang pun akan tengok dan pastikan artis-artis mereka tak akan makan banyak. Kalau dorang curi-curi makan dan tertangkap, expect kena tengking ye!
6. Jangan bercinta dengan artis Kpop lelaki
Di Korea, peminat mereka lain macam sikit. Kalau berita mengenai artis lelaki kesayangan mereka bercinta dengan ahli kumpulan perempuan Kpop, dorang akan kena kecam kaw-kaw punya!
Dorang punya marah sampaikan satu group selebriti perempuan tu kena boikot habis-habisan. Sebab tulah, dorang ni lebih suka menyembunyikan perhubungan mereka sebab tak nak apa-apa benda extreme akan jadi hingga menyebabkan mereka tidak disukai.
Kesian dorang ni sebenarnya. Nampak happy masa perform tapi hakikatnya macam-macam yang terjadi dekat dorang. Mungkin sesetengah agensi menjaga artis mereka dengan baik tapi masalah macam ni still berlaku sehingga ada yang fall into depression!
Kesiannya dorang ni…
Baca: Disebalik Dunia Glamor, Ini Sisi Gelap Industri Kpop Ramai Tidak Tahu