in

“Bila i-Sinar jadi i-Malap” [Video] Kecewa Dengan Syarat Pengeluaran KWSP, Azman Naim Buat ‘Coverosak’ Lagu P Ramlee

Ft Kwsp Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika negara dilanda semula gelombang ketiga pandemik Covid-19, ramai rakyat yang terjejas dari segi sumber pendapatan terutamanya buat golongan B40, M40 dan T40.


Kini, semakin ramai rakyat marhaen yang kehilangan pekerjaan sekali gus hilang punca rezeki yang menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan atau mencari jalan lain untuk kelangsungan hidup.

Pada pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu, kerajaan telah pun meluluskan pengeluaran wang simpanan dari Akaun 1 oleh pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membantu mengurangkan beban rakyat yang terjejas.

 

Rakyat tak puas hati, KWSP kenakan syarat ketat

Namun, kepelbagaian syarat yang dikenakan oleh pihak KWSP menimbulkan rasa tidak puas hati kepada sesetengah individu.

Menurut mereka, wang simpanan dalam akaun tersebut adalah wang milik mereka hasil penat lelah bekerja dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya hendak dikeluarkan tanpa dikenakan syarat yang ketat.

Feat Fb 2

 

Cover lagu P Ramlee, gubah lirik luahkan rasa kecewa

Untuk meluahkan rasa ‘kecewa’ itu, seorang pemuda ini telah memuat naik sebuah klip video yang memaparkan ‘coverosak’ sebuah lagu yang dinyanyi semula olehnya dimana lirik lagu tersebut telah menggambarkan isi hatinya yang ternyata marah dan kecewa dengan pihak KWSP.

Lagu ‘Getaran Jiwa’ yang pada asalnya didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee itu telah ‘diubah suai’ liriknya oleh Azman Naim. Cover lagu tersebut telah dimuat naik di laman Facebooknya @Azman Naim 44 Mantra dan berjaya meraih perhatian netizen yang terhibur dan bersetuju dengan luahan ‘kekecewaan’ itu.

 

Bila i-Sinar jadi i-Malap

Menerusi captionnya, dia mendedahkan bahawa dirinya sudah penat nak bercakap dan dia cuba untuk menyampaikan kekecewaannya melalui nyanyian lagu ‘coverosak’ tersebut.

i-Dah Penat Nak Cakap. So i-Nyanyi. 

Bila i-Sinar jadi i-Malap. I cuba diam, tapi I tak boleh. I dah penat nak cakap, so I nyanyi.

Feat Fb 3

 

Lirik lagu ‘Getaran Jiwa’  yang ‘diubah suai’ 

“Tekanan jiwa, melanda hatiku,

Susah nak keluar, KWSP-ku,

Walau itu duit aku,

Tetapi banyaknya syarat,

Semoga dapat dimudahkan,

Sedarlah kami wahai h***t

 

Dan mungkin hilang, Undi PRU,

Rakyat dah bengang,

Barulah kau tahu,

Andai nak keluar,

Tapi banyak syarat,

Engkau tiada berjiwa rakyat”

TEKANAN JIWA #Coverosak Getaran Jiwa P Ramlee #kwsp

I-Dah Penat Nak Cakap. So I-NyanyiTEKANAN JIWA #Coverosak Getaran Jiwa P Ramlee#kwsp #kwspisinar #kwsp10kby Mohd Nur Azman Naim

Posted by Azman Naim 44 Mantra on Wednesday, December 2, 2020

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan lirik ‘coverosak’ yang didendangkan oleh pemuda ini.

Ada juga yang bersetuju dengan luahan hatinya yang menganggap syarat ketat yang dikenakan oleh KWSP itu sememangnya membebankan rakyat yang betul-betul memerlukan.

 

“Semoga sampai kepada mereka yang berwajib” – Netizen

Komen Fb 2

Komen Fb 1

Komen Fb 3

Baca: “i-Happy atau i-Kecewa?” – KWSP Umum Dua Kategori Layak Mohon Skim i-Sinar, Berikut Antara Perinciannya Baca Kwsp

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.