in

“Bila banjir sinilah tempatnya” – Sedih! Mangsa Banjir Di Mentakab Terpaksa Berkhemah Tepi Jalan

berkhemah bajjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain banjir di Selangor, antara tempat lain yang teruk terkesan dengan bencana ini ialah di Mentakab, Pahang.

Ramai penduduk di sana telah kehilangan tempat tinggal serta harta benda, malah lebih menyedihkan tular sebuah video yang memaparkan mangsa banjir terpaksa berkhemah di tepi jalan selepas rumah mereka dinaiki air.


 

“Bila banjir sinilah tempatnya” 

Menerusi perkongsian video TikTok @zhafrihassanzuzu, dia telah memaparkan pengalamannya bertemu dengan beberapa penduduk di Mentakab, Pahang dilihat mendirikan khemah di tepi jalan.

Salah seorang makcik yang tinggal di khemah itu memberitahu, setiap kali banjir berlaku, kebanyakan penduduk akan menumpang di rumah sedara mara mereka dan ada juga di antara mereka yang akan berkhemah di tepi jalan sepertinya.

@zhafrihassanzuzu

#banjir2021 Allah sayangilah kami ???????

♬ Astaghfirullah (Robbal Baroya) – Islamic Qasidah

Di dalam khemah itu juga dapat dilihat kebanyakan penduduk membawa barang berharga bersama termasuklah makanan, dapur memasak, katil dan bermacam-macam lagi.

Makcik pindah sendiri. Ada yang duduk rumah anak, kita orang ni bila banjir kat sinilah tempatnya,” kata makcik tersebut.

 

“Ni mak saya, macam ni lah kami setiap kali banjir” 

Video yang dikongsikan lelaki ini telah mendapat pelbagai respon netizen yang mana kebanyakannya bersimpati dengan dugaan yang perlu dilalui mangsa banjir.

Walau bagaimanapun ada yang berpendapat, kejadian berkhemah di tepi jalan itu adalah perkara biasa bagi penduduk di sana kerana banjir seringkali berlaku di situ.

metakab

Apa-apapun admin rasa ada bagus juga jika mereka disediakan tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat. Kasihan tengok mereka duduk di tepi jalan. 

Baca: Barang Elektrik Rosak Sebab Banjir? Mungkin Korang Boleh Try Cara Ini

rosak 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.