• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

“Kawasan perumahan ke tempat pelupusan sampah?” – [GAMBAR] Keadaan Kawasan Miskin Bandar P.Pinang Cetus Pelbagai Reaksi

by Sue Idris November 19, 2020, 5:33 pm

ShareTweet
Feat2 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkongsian seorang content creator di Twitter baru-baru ini membuka mata ramai orang apabila dia menunjukkan gambar-gambar realiti kehidupan di kawasan miskin bandar.

Gambar tersebut menunjukkan keadaan di rumah flat kos rendah terletak di Perai, Pulau Pinang dan menurut Hahn Zulkifli, dia ke sana bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada salah satu keluarga yang terputus bekalan makanan disebabkan PKPB.


20201114 150612

 

Kotor dan tidak terurus

Namun, sebaik tiba alangkah terkejutnya dia melihat keadaan menyedihkan di flat tersebut. Terlalu kotor, maintenance terabai, lif hanya 1 yang berfungsi untuk 19 tingkat flat tersebut dan macam-macam lagi keadaan yang dilihatnya.

20201114 150625

20201114 150251

20201114 150155

– Lif ada 3, fungsi cuma 1 (19 tingkat)
– Tangga takdak railing sebab reput.
– Air overflow menitis macam hujan.
– Naik tangga ke rumah gelap je, gloomy.
– Rumah yang aku visit cuma 500sqft, 2 family tinggal bersama. pic.twitter.com/UXNgDoE3ya

— Hanif Z. ? (@haanif_z) November 13, 2020

Ketika berada di sana, Hahn sempat merakamkan gambar-gambar di setiap penjuru dan pelusuk kawasan flat tersebut. Melalui gambar pun, kita dah boleh lihat keadaan flat tersebut yang dipenuhi sampah sarap, gelap dan tidak terurus. Sekali pandang, seolah-olah ia adalah flat yang sudah abandoned dan tidak berpenghuni.

Living condition of miskin bandar in Penang.
Part 2
Location: flat E2, Perai@mbsp_pg @guanenglim @chowkonyeow @MohamudRozali pic.twitter.com/LkHgRDAu3M

— Hanif Z. ? (@haanif_z) November 14, 2020

 

Salah penduduk atau pihak berwajib?

Perkongsian Hahn mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen di Twitter. Ada yang mempersoalkan mengapa pihak berwajib tidak mempedulikan atau menyediakan keadaan tempat tinggal yang lebih baik untuk golongan B40 ini.

Namun, ramai yang turut menyalahkan penduduk yang tinggal di flat kos rendah tersebut kerana mentaliti dan mempunyai sikap pengotor serta tidak mempedulikan kebersihan tempat tinggal atau menjaga persekitaran di situ.

20201114 150343

20201114 150309

20201114 150125

20201114 150039

Hahn juga akui terkejut namun pada masa yang sama rasa sedih melihat keadaan kawasan tempat tinggal golongan miskin bandar di situ. Dia juga berharap agar masyarakat tidak mempunyai tanggapan negatif terhadap mereka yang tinggal di kawasan tersebut.

“Sampai saja saya di laluan masuk, luluh hati saya melihat situasi yang saya tak jangka akan lihat di Malaysia. Gelap, depresif dan klaustrafobik. Laluan kanan-kiri penuh dengan sampah dan limpahan air dari tingkat atas. Lorong-lorong kaki lima gelap dan berbau hanyir.”

“Terdapat 3 lif dan yang berfungsi cuma satu. Lif yang berfungsi itu hanya boleh sampai ke beberapa tingkat disebabkan butang lif sudah rosak. Semua terpaksa berhimpit dalam lif dan yang paling gerun adalah kita boleh dengar bunyi tali lif bergesek menarik naik penumpang.”

“Harapan saya semoga penguasa tidak berputus harap pada golongan ini. Semoga masyarakat tidak berprasangka negatif. Masyarakat kita adalah cerminan kepada kita sendiri. Dan semoga mereka yang terperangkap dalam kemiskinan dapat melonjak keluar dari lohong kemiskinan.”

Baca: “Kalau nak lepas ‘hajat’ saya korek tanah” – Nenek Ambil Upah Kopek Bilis RM1 Sekilo, Tinggal di Rumah Tanpa Tandas & Dapur

Feat4

ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 55

    PKS Dapat Peruntukan RM67.9 Bilion Dalam Belanjawan 2027, Steven Sim Perkenal Pelan Baharu SCALE

  • Sekolah Antarab Kuching

    Gempar! Guru Cedera Ketika Cuba Rampas Objek Tajam Dibawa Pelajar Di Sebuah Sekolah Di Kuching

  • Ruhainies Dipanggil Ruhanat

    “Mereka ubah nama saya” – Ruhainies Terkilan Digelar ‘Ruhanat’

  • Shuhaily Kes Kasari

    Salah Seorang Anggota Didakwa Dikasari Shuhaily Dilaporkan Alami Trauma, Perlu Rawatan Psikiatri

  • Odda Diganggu Peminat

    “Makcik dia kau nak tak?” – Odda Didakwa Diganggu Peminat, Sharifah Sakinah Bersuara Di Threads

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 53

    Arkib Negara Kumpul 3.22 Juta Fail Sejarah, Pindaan Akta Arkib Negara Dijangka Dibentang Di Parlimen 2027

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 51

    Dari Terusan Zaman British Ke Tarikan Pelancongan, Karnival Ban Canal 2026 Kembali November Ini!

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 49

    Pengisian Markah UASA, PAT/PASA & PAJSK Dilanjutkan, KPM Umum Tarikh Baharu

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Ruhainies Dipanggil Ruhanat

    “Mereka ubah nama saya” – Ruhainies Terkilan Digelar ‘Ruhanat’

  • Odda Diganggu Peminat

    “Makcik dia kau nak tak?” – Odda Didakwa Diganggu Peminat, Sharifah Sakinah Bersuara Di Threads

  • Ft Tokti

    “Telinga hebat, tone dan kawalan suara baik” – Datuk Mokhzani Dedah Siti Nurhaliza Nyanyi Dengan Orkestra Tanpa Hadir Latihan

  • Lesti Kejora Siti Izara

    Lesti Kejora Mahu Kekal Hubungan Baik Dengan Keluarga Siti Nurhaliza, Beri Penjelasan Isu Anak Ditegur ‘Bodyguard’ Izara Aishah

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube