in

“Bila orang berilmu berbicara” – Netizen ‘Salute’ Pandangan Ramli Sarip Sokong BTS Masuk Malaysia

Feat 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercakap mengenai rancangan Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq tentang niat dia nak bawa BTS masuk ke Malaysia, macam-macam reaksi yang diterima tak kira dari netizen mahu pun artis.


Tapi, macam korang tahu, kebanyakan penyanyi tempatan memang tak setuju bila konsert yang sepatutnya mempromosikan Malaysia diberi kepada artis luar untuk buat persembahan. Fahamlah jugak, patutnya kita tunjuk dekat orang luar bakat-bakat yang kita ada dekat Malaysia ni kan?

Menurut Harian Metro, berbanding rakan-rakan artis lain yang rata-rata mengecam keputusan Syed Saddiq ini, pendapat Papa Rock negara ni lain pula…

Metd Kk 1810 35Ramli3

“Perkara ini ada pro dan kontranya. Kalau dalam TV boleh disiarkan mengenai artis K-Pop, sama juga kalau dibuat di sini cuma bezanya ini lebih fizikal.

Ada juga persembahan yang kadang-kadang kena ada garis panduan. Saya sebenarnya tidak banyak komen mengenai isu ini. Kalau saya cakap tidak suka, hal ini masih berkaitan mengenai muzik dan seni.

Kalau saya cakap saya suka, nanti ada yang mempertikaikan kenapa pada usia sekarang, saya masih menggalakkan perkara sebegini?

Bagi saya, saya sangat terbuka mengenai hal ini dan terpulang jika tidak berlaku pelanggaran garis panduan yang munasabah, saya sokong.

Kalau persembahan itu mencolok mata, barulah kena fikirlah mengenai undang-undang. BTS sudah menakluk dunia dan menjelajah negara besar termasuk China, Amerika Syarikat (AS) dan kita tidak boleh samakan mereka dengan artis tempatan.

Sejujurnya, persembahan kita boleh sampai tak sebagaimana mereka lakukan dan ada tak orang nak tengok?

Kumpulan itu bekerja terlalu keras, malah produksi mereka sangat profesional hingga acara anugerah berprestij di AS pun menjemput mereka.

Pasti ada yang sangat istimewa mengenai BTS dan itu realiti perlu diterima. Nak komen biar ada alasan yang sangat kukuh.

Kalau saya cakap tidak suka sesuatu muzik, bukan bermakna anti muzik berkenaan dan kena terima hakikat ramai yang lain sukakannya.

Kalau muzik K-Pop diberi ruang yang logik dan tidak bercanggah dengan garis panduan diberikan, tiada masalah. Kalaulah persembahan itu melanggar hak asasi atau budaya tempatan, barulah tak kena.”

Fuh, profesional betul statement dari Ramli Sarip ni. Ada pointnya juga apa yang dikatakan oleh Ramli Sarip ini. Kalau ramai orang yang datang sini sebab nak tengok konsert BTS, tu pun dah kira promosi untuk negara ni juga kan?

Komen Ramli Sarip ni telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya salute dengan pandangan yang sangat neutral dan tak berat sebelah ini.

Screenshot 2019 05 06 At 2.22.22 Pm

Apa kata Syed Saddiq gabung konsert tu dengan artis luar dan dalam negara. Macam Good Vibes tu. Barulah adil dan saksama kan?

 

Baca: “Macam ni ke org yg patut kami hormat” – Army Marah PU Syed Gelarkan BTS ‘Setan’

Screenshot 2019 05 06 At 2.28.01 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.