Kita mesti selalu lalui situasi di mana bila nak gunakan sesuatu barang tu mesti tak jumpa, tapi bila kita tak tercari selalu saja nampak. Selalunya melibatkan barang-barang kecil termasuk juga barang peribadi seperti telefon bimbit.
Tapi korang pernah tak, barang dicari tu akhirnya terjumpa dekat tempat yang korang tak sangka-sangka? Dalam tandas? Ke luar rumah? Meh tengok.
‘Simpan’ telefon dalam peti ais
Kalau korang rasa jumpa barang hilang dekat dalam bilik atau ruang tamu tu, masih tak ekstrem nak dibandingkan dengan perkara terjadi di Indonesia ni.
Kisahnya baru-baru ni heboh di media sosial apabila tindakan seorang budak kecil ini betul-betul kita tak akan sangka.
Sebuah video dimuat naik melalui akaun TikTok @indahkumala11, di mana dia terkejut bila jumpa telefon yang dah dicari selama tiga hari dalam peti ais rumahnya. Haa macam mana boleh jadi tu.
Nak dipendekkan cerita, Indah ada memberi telefon bimbit kepada anaknya untuk digunakan. Selepas itu, telefon tersebut hilang dan mencari lah mereka selama tiga hari itu.
Alangkah terkejutnya dia bila terjumpa telefon bimbit anaknya itu di dalam peti ais. Apa yang lagi ‘hebat’ telefon itu dah jadi ais batu, rupanya anaknya sendiri yang simpan.
Bila ditanya kenapa buat macam tu, anaknya jawab sebab tak nak telefon selalu panas jadi dia simpanlah dalam peti ais supaya jadi sejuk. Speechless min dengan jawapan awak dik.
Perkara ini menjadi viral sehingga video tersebut telah meraih hampir 5 juta views di TikTok.
@indahkumala11 HP jadi batu es 🤣😭 #fypシ
“Kenapa tak hidup ibu, kan dah sejuk”
Selepas dari itu, Indah ada berkongsikan kejadian setelah ais dari telefon berkenaan dapat dicairkan.
Anaknya yang berusia 5 tahun itu cuba menghidupkan telefon tersebut berulang kali, sampai bertanya kenapa masih tak boleh hidup sedangkan dah sejuk.
“Kenapa tak nak hidup juga ma, kan dah sejuk”
Mungkin Indah masih terkejut dengan ape terjadi, dia memberitahu bahawa tak tahu sama ada nak marah ataupun ketawa tengok keletah anaknya itu.
@indahkumala11 Balas @niaaggr_ ni bund part 2 nya,berusaha buat nyalain HP yg udah jadi batu es 🤣😂 #fypシ #babyboyy #baby #ngakak
Korang mana yang ada anak kecil dalam keluarga tu tolong pantau ye takut tiba-tiba hilang fon tu.