in

“Comelnyaa!” – [VIDEO] Comel! Kanak-Kanak Kecil Rajin Tolong Ibu Berniaga, Kelakuannya Buat Ramai Geram

Fi Anak 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah menjadi lumrah dalam kehidupan ni, apabila seorang anak perlu melakukan tugasan yang disuruh oleh ibu bapa sebagai tanda patuh dan kasih kepada mereka.


Jika ada kurang bernasib baik pula, mesti ada yang membantu ibu bapa mereka seperti contoh adalah dengan berniaga. Kadang-kadang tu, ada dari usia kecil lagi dah mula menolong ibu bapa mereka seperti kisah ini.

 

Rajin tolong ibu

Baru-baru ini viral sebuah video yang boleh dikatakan agak comel, apabila seorang kanak-kanak kecil ini dilihat rajin membantu ibunya berniaga.

Dalam sebuah posting di akaun TikTok @founderqueenoil menunjukkan anak kecil tersebut begitu rajin membantu ibunya.

Dia turut dilihat tekun, berulang-alik untuk membawa bungkusan makanan serta cawan dan pinggan kotor ke belakang.

Anak 1

Kemudian dia sekali lagi keluar ke depan untuk tolong ibunya dan dilihat mula nak bermain dengan si perakam.

Apa yang boleh buat orang geram sekarang ni, senyuman dia tu boleh buatkan ramai cair sebab terlampau comel. Tambahan lagi, dia dilihat berulang kali melambai ke arah kamera bila sedar dirinya dirakam.

Ternyata adik tersebut menarik perhatian ramai, dan sehingga kini video tersebut telah meraih hampir 500k views.

@founderqueenoil

Sehat terus adek #foryoupage #fypシツ♡ #fyp #fypシ

♬ lagunya begini nadanya begitu cover aci – nona saidah

“Nanti dah besar boleh belikan ibu kereta”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memuji tindakan adik kecil ini kerana rajin membantu ibunya. Selain ada juga yang turut mendoakan kesejahteraan kanak-kanak ini supaya kekal sihat.

Reak Anak 1 Edit 1

Reak Anak 2 Edit 1

Reak Anak 3 Edit

Rajin betul adik ni, dia lambai-lambai tu geram je tengok!

 

Baca : [Video] Terlampau Rindu, Anak Kecil Tidur Sambil Peluk Baju Terakhir Arwah Ayah

Foot Anak 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.