in

“Biar banyak kena denda” – Wanita ‘Larikan’ Kereta Ex-Boyfriend & Langgar 49 Lampu Merah Sebab Marah Ada Kekasih Lain

Fi Cina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang selalu dengar kisah couple yang dah putus ni, mesti selalunya dorang akan pulangkan balik barangan yang pernah bagi dulu sebab katanya dah tak nak teringat apa-apa memori.


Macam kisah kali ini pelik sikit, apabila tindakan seorang wanita ini lepas geram memang tak pernah dibuat orang.

 

‘Sewa’ kereta bekas teman lelaki, sebab…

Baru-baru ini, seorang wanita yang sangat kecewa dan marah telah ditahan di Wilayah Zhejiang di timur China. Hal ini terjadi selepas dia dilaporkan dengan sengaja ‘melarikan’ kereta milik bekas teman lelakinya dan melanggar 49 lampu merah.

Seterusnya, wanita yang dikenal pasti sebagai Lou itu telah meminta seorang lelaki bernama Chen untuk menyewa sebuah kereta Audi milik bekas teman lelakinya.

Cina 2

Setelah dah berjaya dapatkan kereta berkenaan, Chen kemudiannya bagi kereta tersebut kepada seorang lagi lelaki bernama Zhu.

Selalunya, kalau dah ada niat buruk ni mesti perancangannya nak jual atau rosakkan lagi-lagi kereta mahal macam tu, tapi tidak untuk mereka berdua ni apabila mereka berdua menggunakan kereta itu selama dua hari semata-mata untuk melanggar undang-undang lalu lintas. Apa yang lagi dahsyat, dorang ni sengaja langgar 49 lampu merah sebelum ditahan oleh pihak polis menurut Global Times.

Kenapa Lou ni nak sangat buat macam tu? Sebenarnya Lou ni panas hati dengan bekas teman lelakinya, Qian, sebab dikatakan dia tinggalkan wanita berkenaan sebab dah ada teman wanita baru.

Tapi kenapa dia tak rosakkan kereta tu terus? Selepas siasatan dijalankan, Lou bagitahu sebenarnya dia dah rancang untuk perkara macam tu supaya Qian dikenakan denda yang tinggi sebab melanggar undang-undang lalu lintas.

Selepas itu, Zhu yang juga rakan subahat Lou ni rupanya dah ‘dijanjikan’ boleh date dengan Lou kalau dia ikut serta rancangan ni.

Lain macam betul cara dia balas dendam. Korang frust dengan partner tu jangan terfikir macam ni pula.

 

Baca : “Macam Dragon Ball!” – China Bakal Bina ‘Pulau Terapung’Dengan Ketinggian 268 Meter Dari Paras Laut

Foot Cina

Sumber: MSN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.