in

Biadap! ‘Cucuk’ Kereta Depan & Himpit Sampai Pemandu Wanita Terbabas Tepi Jalan Sebelum Berlalu Pergi

Dashcam6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Samseng jalanan sekarang ni makin lama makin biadap! Kalau sebelum ini kita nampak mereka hanya memandu macam orang tak ada etika, kali ini sampai menganggu pemandu lain.


Gara-gara nak memotong, pemandu kereta Mercedez ‘cucuk’ pemandu di hadapan kemudian himpit pemandu Alza sehingga terbabas. Lebih sakit hati lagi pemandu itu berlalu pergi dan tak berhenti.

Jika dilihat keadaan kereta mangsa, kesian betul Lebih sadis lagi, mangsa merupakan pemandu wanita.

 

VIRALKAN TUAN/PUAN KURANG AJAR INI

Dashcam Dashcam2 Dashcam3

Kejadian ini berlaku di Senawang, difahamkan ia mula tersebar luas melalui Whatsapp dan dikongsikan semula di Twitter.

Bagaimanapun, berlaku sedikit pertelingkahan dimana netizen mempertikaikan kesahihan tersebut. Ada yang beranggapan bahawa video ini dimuatnaik beberapa tahun lalu kerana tarikh yang terpapar di rakaman itu pada tahun 2017.

Bagaimanapun dikatakan tuan empunya badan yang merakam kejadian tampil menerangkan cerita sebenar. Ia bukanlah video lama tetapi masalah tetapan pada dashcam tersebut.

Keretabiadap Keretabiadap2

 

Laporan polis telah dibuat & pemandu telah ditahan

Dashcam4
Sumber : twitter

Menerusi Harian Metro, lelaki berusia 35 tahun itu telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Baca : Tu je nak ajar pemandu bangang” – Netizen ‘Padan Muka’ Kan Lihat Kereta Ini Kena Sembur Asap Eksoz Sebab..

Pemandu

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.