“Tu je nak ajar pemandu bangang” – Netizen ‘Padan Muka’ Kan Lihat Kereta Ini Kena Sembur Asap Eksoz Sebab..

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Nak gunakan lebuhraya atau jalan-jalan utama ini kenalah berpada-pada, kalau nak sampai cepat ke destinasi sekalipun usahlah bersikap tamak sampai mengganggu orang lain.

Kejap hon sana, kejap hon sini, sampai pemandu lain terkejut, rimas bahkan ada juga yang boleh hilang kawalan. Pelik kan driver yang macam ni? Macam jalan tu dia punya pula.

Mungkin dengan kenderaan lain dah biasa buat, tapi kali ini memang dah silap orang dia nak lemparkan amarah dia tu. Kan dah kena setepek, tengok video ni.

 

Kau hon banyak kali eh, ni aku bagi kau makan asap”

Kalau betul lah pemandu ni memang kuat sangat bagi hon, memang layak lah kena ‘makan’ asap eksoz ni. Sekali dia keluar asap berkepuk terus bergerak, dah macam buat fogging dah.

Menurut netizen, kejadian dalam video yang tengah viral di Twitter ini berlaku di Melaka, kurang pasti lokasi spesifik. Ada yang mengatakan berdekatan dengan Hospital Melaka, ada juga yang mengatakan di kawasan masjid.

Hmm, memang patutlah netizen suka sangat tengok kereta belakang tu kena hon. Ya lah, dah mengganggu ketenteraman awam.

 

Tu je nak ajar pemandu bangang – Netizen

Nasib lah kereta admin tak boleh buat, kalau boleh dah lama admin ikut. Kalau betul-betul di Melaka memang ‘ngam’ dengan slogan “Don’t Mess With Melaka” 

 

Baca : Kedekut Tahi Hidung Masin! Lelaki Penang Ni Selamba Basuh Kereta Di Stesen Minyak Walaupun Harga Car Wash Hanya RM5??

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.