in

“Betul marah ni, dik” – Budak Tulis Surat Pada Tok Pengerusi Lepas Tak Puas Hati Dihalau Solat Dari Saf Pertama

Saf Kanak Kanak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi memupuk minat terhadap solat dan ilmu agama, kadang-kadang seorang ayah tu gemar membawa anak lelaki mereka untuk bersolat berjemaah di masjid ataupun surau.


Tapi macam biasalah, bila budak-budak nak bersolat sama, tok imam ataupun para jemaah akan meminta kanak-kanak ni bersolat di saf belakang dan beri keutamaan kepada jemaah dewasa lain di saf pertama. 

Saf Kanak
gambar hiasan

 

“Adakah hadis Rasulullah SAW yang menyatakan budak-budak kena duduk belakang ketika solat?” 

Namun tindakan ini sebenarnya telah membuatkan seorang budak marah sehingga dia menulis surat kepada Tok Pengerusi Surau menyatakan rasa tidak puas hatinya bila ditolak ke saf belakang. 

Berikut surat aduannya yang viral di Twitter

Yang buat admin dan para netizen terkesima tu bila adik ni dengan beraninya bertanya, adakah hadis Rasulullah SAW yang menyatakan budak-budak kena duduk belakang bila bersolat? Haa tersedak min dibuatnya. 

Malah dia juga sempat memberitahu bahawa dia sudah berkhatan dan dia juga ada hak untuk bersolat di saf hadapan. 

Walaupun saya masih budak, saya solat dengan khusyuk. Bukan semua budak-budak suka main waktu solat. 

“Sewaktu di Mekah dan Madinah, saya tidak pernah dihalang untuk solat di belakang. Saya pernah solat di hadapan Kaabah dan tiada sesiapa yang halau saya.” 

Haa tudia aih dik! 

 

“Bagus adik ni. Bapa dia sekarang YDP PIBG” 

Rata-rata netizen memuji keberanian adik ni dan siap research lagi yang rupanya bapa kepada adik ni seorang YDP PIBG bagi sekolah SK La Salle (1) Brickfields. Patutlah anaknya bijak semacam.

Bagus 1

Bagus 4
sumber: twitter

 

Netizen kongsi pengalaman dihalau ke saf belakang masa kecil dulu

Nampaknya bukan adik ni je yang ada masalah yang sama, netizen lain pun pernah mengalaminya. Nampaknya kena tanya Tuan Mufti Wilayah ni, betul ke budak-budak tak boleh solat di saf depan?

Kid
sumber: twitter

You go dik! Min suka budak-budak yang rajin solat dan berani nyatakan pendapat ni. 

Baca: “Allahu dik kuatnya awak” – Netizen Terharu Lihat Budak Baru Bersunat Pulang Naik Bas Je Bersama Ibu & Adik Baby

Kain

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.