Musim cuti sekolah hujung tahun ni selalu kita kaitkan dengan musim berkhatan sebab masa inilah baru budak-budak ada waktu rehat yang panjang untuk mereka jaga diri dan luka dari bersunat.
Dalam geli hati melayan kerenah anak-anak bersunat, hati admin dan netizen lain tersentuh melihat seorang budak yang bersunat dalam keadaan serba serbi kekurangan.
“Kuatnya awak… lepas bersunat terus naik bus”
Menerusi satu posting viral di Facebook, seorang budak telah dirakam menaiki bas sebaik saja selesai bersunat untuk pulang ke rumah. Lebih menyedihkan, budak ini datang bersama ibunya yang juga membawa seorang anak yang masih bayi.
Allah… kalau orang lain bukan main mak ayah jaga siap bawa kereta takut anak sakit lepas sunat. Bayangkan korang di tempat adik ni…
“InsyaAllah akan membesar jadi anak yang kuat semangat”
Posting ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata simpati melihat keadaan adik ini dan ibunya. Ramai yang mendoakan semoga adik ini terus kuat dan tabah dalam menghadapi kehidupan. Kalau kita rasa kita susah, ada orang lagi susah kan?
“Kalau saya ada dekat dengan anak ni saya akan tolong hantar pulang”
Semoga cepat sembuh ye dik.