in

“Beruk kot yang buat” – Pantai PD Penuh Sampah Sarap Lepas Kerajaan Benarkan Keluar

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pemulihan, ramai rakyat Malaysia mula keluar beriadah dan pulang ke kampung setelah lama akur dengan perintah kerajaan untuk duduk di rumah.

Semasa PKP, banyak gambar-gambar menunjukkan alam-alam semulajadi mula reset balik. Sungai yang kotor kembali jernih, pantai penuh sampah kembali bersih, lapisan ozon kembali pulih dan udara pun semakin segar.


Tapi nampaknya keadaan macam dah mula kembali seperti sebelum PKP…

Baru-baru ini, seorang netizen telah kongsikan beberapa keping gambar dipercayai diambil dekat Port Dickson. Macam yang korang tahu, Port Dickson merupakan pantai popular bagi ramai keluarga untuk beriadah di hujung minggu.

https://twitter.com/ayiedorayaki/status/1272720739985063937

Eamcs9Dueaad6Tm 1

Malangnya, gambar-gambar yang dikongsi menunjukkan kawasan-kawasan di pantai telah dipenuhi  sampah sarap. Ia membuatkan ramai orang geram dengan pihak-pihak yang tak mempunyai sivik seperti ini.

Screenshot 2020 06 19 At 5.59.26 Pm Down

Pun begitu, ada juga yang mengatakan sampah sarap ini adalah angkara haiwan liar dan bukan manusia.

Screenshot 2020 06 19 At 6.00.55 Pm Down

Mungkin masa PKP tak ada sampah dalam tong sampah sebab tu bersih, sekarang bila dah ada sampah dalam tu, gagak, monyet semua ambiklah cari makanan kot…

 

Baca: “Macam ni anda gelar kuarantin?” – Pelajar Dedah Pusat Kuarantin IPG Tawau Kotor & Tak Memuaskan

Screenshot 2020 06 19 At 6.11.06 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.