Banyak kita dengar kisah-kisah dari pusat kuarantin, ada yang manis dan ada juga yang pahit untuk ditelan.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pengguna media sosial mendedahkan keadaan sebenar yang dialami rakan-rakannya yang dikuarantin di Institut Pendidikan Guru (IPG) Tawau.
https://twitter.com/nurlfitrah/status/1261142599265431553
Jelasnya, antara masalah yang dihadapi pelajar adalah tahap kebersihan tandas yang kurang memuaskan — misalnya seperti saliran air yang tidak baik menyebabkan air bertakung di luar bilik mandi, dan berkongsi tandas dengan penghuni di tingkat yang sama.
Bukan individu itu saja, rungutan serupa turut dimuatnaik dalam laman Facebook tawautown.
Dalam perkongsian tersebut, pelajar yang dikuarantin mendakwa sebenarnya banyak lagi masalah lain yang dihadapi mereka sebaik tiba ke lokasi itu — seperti keadaan bilik yang kotor, lantai berminyak serta ketiadaan bekalan air.
https://www.facebook.com/tawautown13/posts/3428702907157740
Rungutan mereka bagaimanapun menerima reaksi negatif daripada netizen, yang mendakwa kumpulan pelajar ini tidak bersyukur dengan kemudahan disediakan.
Hmm, kita bukan di tempat diorang jadi boleh la bercakap macam-macam. Cuba kalau terpaksa alami sendiri, dah tentu kita sendiri minta pihak bertanggungjawab titikberatkan aspek kebersihan.
Sedangkan ketika penularan wabak COVID-19 inilah kita diminta untuk mengamalkan tahap kebersihan tertinggi kan?
Apa pun, perkara tersebut sudah pun disampaikan kepada pihak berwajib dan mungkin tindakan selanjutnya akan diambil selepas ini.
Baca: Bantal Dikencing, Hotel Kuarantin Terima ‘Hadiah’ Daripada Kluster Kayangan?