in

“Berlaku pertengkaran antara suspek dan isterinya” – Ibu & Anak Umur 11 Tahun Identiti Mayat Dikerat 8?

Ibuanak

Harian Metro hari ini ada melaporkan polis telah menangkap seorang lelaki warganegara Singapura kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kejam di Melaka, semalam.

Sisa mayat yang telah diekrat 8 itu dijumpai di kawasan semak samun dekat Kampung Ladang, Krubong, Melaka selepas seorang pemotong rumput mula terhidu bau yang kurang menyenangkan di kawasan kejadian.

 

Hanya jumpa sisa

Dismembered Body Found Brutally Chopped Into Eight Pieces In Malacca Believed To Have Been Dead For Five Days World Of Buzz
Sumber : china press

Ketua Polis Melaka Datuk Kasim Karim suspek ditahan dengan kerjasama polis Singapura, hari ini hasil maklumat risikan di tempat kejadian yang dipercayai rumah teres dua tingkat milik mangsa di Taman Merdeka Jaya.

“Berdasarkan maklumat risikan, tempat kejadian dipercayai berlaku di rumah milik mangsa iaitu rumah teres dua tingkat di Taman Merdeka Jaya.

“Pihak polis turut menjumpai kesan darah di bilik bawah kediaman tersebut dan percayai kes ini membabitkan seorang lelaki warga singapura yang ada kaitan dengan mangsa”

Disebabkan itu, ada spekulasi mengatakan identiti mayat tersebut merupakan seorang ibu yang berumur 27 tahun, Norfazera Binti Bidin dan anaknya 11 tahun, Muhammad Iman Asraf Bin Abdullah.

 

Berlaku pertengkaran

71872295 2384315044997247 8998306361745866752 N
Sumber : facebook

Dikhabarkan, berlaku pertengkaran antara lelaki tersebut bersama isterinya (si mati1) berkenaan dengan hal keluarga jadi, suspek terus menikam mangsa dan penggal kepala mangsa sebelum potong kepada beberapa bahagian pada bahagian lain tubuh badannya.

Selepas itu, lelaki tersebut rasa insecure sebab anaknya yang berumur 11 tahun itu ternampak perbuatan kejamnya lantas budak lelaki itu menjadi mangsa.

Kedua-dua mayat yang telah dikerat itu diletakkan  ke dalam bonet kereta suspek. Bagaimanapun anak paling kecil suspek tidak dibunuh kerana masih tidur.

Suspek kemudiannya pandu keretanya ke dalam satu hutan di Melaka, dimana dia sepatutnya bakar sisa mayat itu. Tapi dia hanya dibiarkan sahaja ke dalam hutan supaya orang tak nampak.

Untuk mendapatkan cerita penuh korang boleh baca kat sini

Bagaimanapun, polis tidak masih mengesahkan kesahihan penularan kenyataan itu sebaliknya meminta media menggunakan kenyataan rasmi yang disediakan.

 

Baca : Gempar! Polis Jumpa Mayat Mati Dibunuh Kerat 8, Sisa Badan Dilempar Kat Kawasan Semak

Sisamayat