fbpx
in

Berkuatkuasa Hari Ini, Tempoh Kuarantin Wajib Dikurangkan Kepada 10 Hari

Ft Kuarantin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seiring dengan laporan saintifik semasa yang diperolehi, Ketua Pengarah Kesihatan,Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan pengurangan tempoh kuarantin wajib sebanyak 10 hari berbanding 14 hari sebelum ini.


Tempoh pengurangan kuarantin wajib yang dikenakan ke atas pengembara dari luar negara serta pengurusan kontak rapat berkuat kuasa hari ini.

 

Capture 1 6 1

 

Bersesuaian dengan situasi Covid-19 tempatan

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham, tempoh pengurangan kuarantin wajib ini telah dibincangkan sebelum ini bersesuaian dengan keadaan Covid-19 semasa di negara ini.

“Sebelum ini, KKM (Kementerian Kesihatan) telah mengumumkan untuk mengkaji untuk memendekkan tempoh kuarantin di Malaysia ke atas prosedur pengurusan kuarantin wajib kepada pengembara yang pulang dari luar negara dan kontak rapat kepada kes yang disahkan positif COVID-19.

“Ini selaras dengan situasi semasa COVID-19 di Malaysia dan laporan klinikal terkini dari seluruh dunia

Selain Malaysia, menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah beberapa negara lain turut menyemak semula tempoh masa kuarantin wajib yang akan dikenakan lapor Awani.

“Sehingga kini katanya, beberapa buah negara telah menyemak semula tempoh masa kuarantin wajib di negara masing-masing.

“Negara-negara seperti United Kingdom, Jerman dan Belgium telah menurunkan tempoh kuarantin dari 14 hari kepada 10 hari.

“Perancis pula telah mengambil tempoh masa kuarantin wajib selama tujuh hari

Laporan klinikal yang diperolehi mendapati risiko jangkitan pasca-kuarantin dikatakan akan berkurangan bergantung kepada tempoh masa kuarantin.

Capture 11 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top