in

[Video] Gadis Sedih Kena Kuarantin Semasa Birthday, Terperanjat Dapat Kejutan Frontliners Pakai PPE Datang Bawak Kek

Feat Twit Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Agak menyedihkan bukan apabila kita terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari bersendirian. Tidak boleh mempunyai sebarang ‘contact’ dengan orang lain malah terpaksa pula berjauhan dengan keluarga.


Itulah yang berlaku kepada seorang gadis ini yang terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di kolej kediamannya di Universiti Utara Malaysia (UUM). Lebih menyedihkan, tarikh hari jadinya pula jatuh dalam tempoh kuarantin tersebut.

Namun, perkara yang tak disangka-sangka berlaku apabila dia menerima kejutan semasa hari ulang tahun kelahirannya itu.

 

Kejutan sambutan hari jadi

Menerusi perkongsian video oleh gadis tersebut dengan nama @NueFa_Kieyra di laman Twitter, dia dikatakan terperanjat dengan kejutan sambutan hari jadinya yang dilakukan oleh para frontliners yang bertugas di sana.

Apa yang lebih menghiburkan, para frontliners datang membuat kejutan sambutan hari jadinya di depan pintu biliknya sambil membawa kek.

 

Siap lengkap bersut PPE

Bukan itu sahaja, mereka yang turut mengenakan sut lengkap PPE tu kelihatan comel menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk gadis berkenaan.

Kejutan sambutan hari jadinya yang dilakukan oleh para frontliners itu menyebabkan gadis berkenaan berasa sangat terharu.

Melalui postingan video yang tular tersebut, gadis berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada semua para frontliners tersebut di atas kejutan yang diterimanya.

Terima kasih abang akak frontliners kita yang comel dan baik hati. Saya sayang awak semua. 

 

Kudos kepada mereka – Netizen

Video yang berdurasi selama 15 saat itu berjaya meraih sebanyak lebih daripada 30,000 views dan 5,000 retweets. Rata-rata netizen mengucapkan selamat hari lahir kepada gadis berkenaan.

Ada juga yang memuji tindakan para frontliners yang baik hati itu.

Twit Komen 0

Twit Komen 1

Twit Komen 2

Menurut gadis itu lagi, dia bukanlah pesakit yang positif Covid-19. Namun, dia perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari disebabkan mempunyai ‘contact’ rapat dengan pesakit.

 

Apa-apapun stay safe and keep social distancing ye bagi mereka yang dikuarantin. 

Baca: Tak Beritahu Bos Kena Kuarantin, Pakai Gelang Pink Masuk Kerja Macam Biasa Sebelum Kantoi Polis Baca Twit

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.