in

“Berkelah pandai, kemas tak reti” – ‘Kutu Sampah’ Cemari Keindahan Air Terjun Berkelah

Untitled Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Air terjun merupakan antara lokasi kegemaran pengunjung yang ingin datang untuk berkelah atau melakukan aktiviti berkhemah baik bersama rakan mahupun keluarga.


Seronok sebenarnya datang ke tempat kaya alam semulajadi macam ni, sejuk mata memandang. Tapi yang tak bestnya bila ia mula dicemari sampah sarap yang ditinggalkan pengunjung tidak bertanggungjawab.

Itu realiti yang berlaku di Air Terjun Berkelah di Pahang seperti yang dikongsikan netizen menerusi laman Facebook Kuantan.

Slm. Just nk share.. Air terjun berkelah hari ini.. Smpah semlm kot. Hari ni ade geng dr ipoh dan kl.. Amat memalukan?

Posted by KUANTAN on Sabtu, 26 September 2020

 

Bukan sedikit sampah yang dibiar tak berkutip dan diletakkan di tempat sepatutnya. Memang memalukan, kerana ia secara tidak langsung mencerminkan peribadi dan mentaliti segelintir rakyat negara ini yang langsung tiada common sense.

Katanya datang berkelah untuk menghayati keindahan alam, end up kita sendiri yang mengotorkan mother nature. How ironic?

Perkongsian gambar-gambar yang menyakitkan pandangan itu mendapat perhatian rata-rata netizen, yang menyuarakan kemarahan mereka di ruangan komen.

Luah mereka, sampai bila kita perlu hadap perangai individu-individu tak bertanggungjawab seperti ini — pantang nampak tempat cantik, pasti nak dikotorkan.

Sebenarnya bukan Air Terjun Berkelah je yang jadi mangsa ‘kemalasan’ manusia, banyak lagi lokasi tumpuan lain yang berdepan masalah sama.

Amat menyedihkan sekali, kalau beginilah tahap kesedaran sivik rakyat Malaysia.

 

Baca: “Setiap tahun benda sama” – Sampah Sarap Penuh Di Bahu Jalan Buat Netizen Panas Hati

Capture 70

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.