Tourism Malaysia bekerjasama dengan Spritzer bagi menjayakan edisi ketiga kempen pelancongan Spritzer “Air Love Cuti-Cuti: Jom Makan-Makan”, dengan Spritzer dilantik sebagai Rakan Penghidratan Rasmi. Menyedari hakikat bahawa makanan sentiasa menjadi agenda utama dalam setiap percutian rakyat Malaysia, kempen kali ini mengangkat keunikan kulinari tempatan sebagai teras pengembaraan.
Ia bukan sahaja menggalakkan orang ramai menggamit nostalgia menerusi hidangan kegemaran, malah turut mengajak mereka untuk terus meneroka pelbagai sajian dan destinasi baharu di samping menyelami kepelbagaian budaya di seluruh negara.
Memasuki tahun ketiga, Air Love Cuti-Cuti: Jom Makan-Makan mencerminkan komitmen berterusan Tourism Malaysia dan Spritzer dalam mempromosikan destinasi pelancongan serta budaya tempatan, sambil menjadikan pengalaman mencuba hidangan baharu sebagai sebahagian daripada tarikan untuk mengembara.

Sama ada melancong ke negeri lain untuk menikmati makanan terkenal di sana atau kembali ke desa bagi mengimbau kenangan lama, kempen ini menunjukkan bagaimana makanan, apabila digandingkan dengan minuman berkualiti yang dipercayai, mampu membuka ruang untuk meneroka kepelbagaian Malaysia.
Kerjasama strategik ini penting bagi memaksimumkan impak kempen. Gabungan capaian Tourism Malaysia di peringkat kebangsaan dalam mempromosikan pelancongan domestik dengan kedudukan Spritzer yang dekat dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia membolehkan mesej kempen disampaikan pada saat-saat penting sepanjang perjalanan pengguna, ketika menikmati hidangan, dalam perjalanan atau bercuti hujung minggu, saat keputusan untuk meneroka lebih banyak destinasi di Malaysia sering dibuat.
Langkah ini merancakkan lagi aktiviti pelancongan susulan 74.7 juta pelawat domestik direkodkan pada suku pertama 2026, meningkat sebanyak 7.2 peratus berbanding 69.7 juta pada suku pertama 2025.
Bagi Tourism Malaysia, kerjasama ini menggabungkan jenama tempatan yang dekat di hati pengguna dalam usaha menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia meneroka keindahan negara sendiri. Bagi Spritzer pula, kerjasama ini mengukuhkan kedudukannya sebagai teman perjalanan yang dipercayai rakyat Malaysia, memastikan mereka kekal terhidrat sepanjang perjalanan.
Kedua-dua pihak turut berkongsi pandangan bahawa makanan, budaya dan penghidratan berkualiti merupakan faktor utama dalam mencipta pengalaman perjalanan yang bermakna, manakala kerjasama seperti ini dapat membantu mengekalkan momentum kempen Tahun Melawat Malaysia 2026-2027 (VM2026-2027).

Bagi menjayakan kempen ini, Spritzer menyediakan laman sesawang eatlocal.my yang memudahkan pengguna meneroka pilihan makanan dan destinasi seterusnya dengan hanya satu swipe sahaja. Melalui platform ini pengguna boleh memilih daripada lebih 100 hidangan Malaysia, swipe ke kanan jika berminat atau ke kiri jika hidangan tersebut bukan pilihan mereka, bagi mencari lokasi yang menyajikan hidangan tersebut dalam lingkungan 15 kilometer.
Pengalaman berasaskan pilihan hidangan ini menjawab persoalan yang paling penting dalam kehidupan rakyat Malaysia – “Nak makan apa?” Hidangan yang diketengahkan merangkumi pelbagai sajian utama seperti nasi lemak dan nasi ayam, hingga makanan ringan dan kuih popular seperti karipap dan apam balik.

Dengan meletakkan jenis hidangan sebagai kata kunci untuk carian berbanding nama restoran, platform ini menjadikan soalan “Nak makan apa?” sebagai titik permulaan untuk meneroka destinasi melalui pengalaman makanan tempatan.

Ketika ini, platform tersebut meliputi tujuh destinasi, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Perak, Melaka dan Sabah. Destinasi-destinasi ini dipilih berdasarkan kepelbagaian pilihan makanan serta daya tarikannya kepada rakyat Malaysia yang ingin menikmati pengalaman kulinari tempatan.
Lebih banyak negeri dan destinasi akan ditambah pada masa depan. Selain mencari makanan, pengguna juga boleh mendaftar masuk di lokasi yang diketengahkan untuk mengumpul mata. Ia kemudiannya boleh ditebus bagi mendapatkan ganjaran berkaitan pelancongan, makanan dan gaya hidup, selain melayakkan pengguna menyertai cabutan bertuah bulanan yang menawarkan hadiah tiket penerbangan ke Langkawi.
Kempen dan platform ini mengetengahkan warisan makanan Malaysia sebagai cara yang mudah dan menarik untuk mengenali budaya, tradisi serta komuniti di seluruh negara.
Dengan menggalakkan rakyat Malaysia dan pelawat meneroka keindahan negara menerusi makanan, Air Love Cuti-Cuti: Jom Makan-Makan turut memacu pertumbuhan pelancongan domestik, selaras dengan matlamat VM2026-2027 untuk meningkatkan pengalaman pelancong di sepanjang pengembaraan mereka.

Kerjasama antara jenama air mineral semula jadi tempatan yang dipercayai dan agensi pelancongan negara ini juga dapat membantu mengekalkan minat terhadap aktiviti pelancongan domestik dalam jangka panjang, melangkaui tempoh kempen.
Diterajui oleh Spritzer, Air Love Cuti-Cuti: Jom Makan-Makan akan diteruskan sepanjang 2026 sebagai kempen bersepadu yang menggabungkan penerokaan makanan dan pelancongan, dengan eatlocal.my sebagai platform utamanya.
Kempen ini turut dibawa lebih dekat kepada orang ramai melalui siri jerayawara di negeri-negeri yang mengambil bahagian, kandungan pelancongan yang mengetengahkan pengalaman makanan tempatan, serta kerjasama dengan artis tempatan Bingka bagi menghasilkan beg tote edisi terhad yang diinspirasikan oleh hidangan Malaysia.

Turut ditawarkan ialah pelbagai koleksi eksklusif, termasuk plushie beruang matahari yang direka khas, selain pelbagai aktiviti promosi sepanjang kempen untuk menggalakkan rakyat Malaysia kembali ke platform tersebut dan meneroka lebih banyak pilihan. Mula swipe di eatlocal.my hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Spritzer.
