in

“Berkat ke?” – Individu Luah Rasa Kecewa Abang ‘Courier’ Selalu Genapkan Harga COD

Kurier 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang selalu membeli-belah di platform atas talian pasti sudah tahu mengenai cara pembayaran atas talian (online) dengan cash on delivery atau dipanggil ‘COD’.

Bagi kaedah ‘COD’, penerima barang perlu membayar harga barangan serta harga penghantaran kepada pihak courier.


Baru-baru ini, tular di Facebook apabila seorang individu meluahkan rasa kecewa apabila pihak courier yang didakwa telah menggenapkan harga COD barang yang dibeli.

Harga RM14.20, genapkan jadi RM15

Menerusi satu hantaran di group ‘Marang Kiter Official’, individu tersebut memberitahu kejadian ini sudah terjadi beberapa kali sehinggalah dia menegur abang courier yang menghantar barang secara COD kepadanya.

Sekadar pesanan untuk orang hantar barang COD. Kita kadang order barang.. bila sampai kadang beritahu barang RM15.. hakikatnya barang tu RM14.20. Ye.. suka-suka je duk cukup-cukupkan harga.. Bukan sekali dua.. berpuluh kali dah..

Kalau 20 sen pun kena bagi ke tuan selagi kita tak kata “ambik ah lebih”.. kalau sehari 50 orang kamu hantar barang? sedap kamulah ambil duit orang gitu..

Dia turut mempersoalkan tentang keberkatan wang yang diambil oleh abang courier.

Lepas tu pergi bazar beli makanan buat balik buka puasa.. rasa-rasa berkat tak apa kita makan? seharian berlapar, berbuka duit tak elok.

Sekurang-kurangnya beritahu harga betul

Bagaimanapun, dia tidaklah berkira tentang harga COD namun dia meminta untuk abang courier itu jujur dan memberitahu harga sebenar. Ia juga bergantung kepada si penerima jika mahu memberikan baki COD itu kepada abang courier.

Artikel berkaitan: Lelaki Kecewa, Mak Beli ‘Seluar Kesihatan’ Harga RM800 Guna Duit Jualan Laksa

Artikel berkaitan: Cari Baju Warna ‘Hot’ Tema Raya Tahun Ni, Lelaki Terkejut Peniaga ‘Markup’ Harga Hingga RM350

Kita tak berkira pun tapi bagi tahu harga betul. Ada je sorang dua kalau hantar barang harga RM7.50. Kita pun bagi tahu 50 tu ambillah. Tak susah pun.. kita kalau belajar agama kita akan tahu. 10 sen pun haram kalau tuan tak bagi izin. Silap-silap duit lebih tu tanggung makan hari-hari.

Kurier 2

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan menghadapi pengalaman yang sama.

Kurier 1

Setuju… sebab benda ni ada kaitan dengan keberkatan sewaktu bekerja..

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.