in

Cari Baju Warna ‘Hot’ Tema Raya Tahun Ni, Lelaki Terkejut Peniaga ‘Markup’ Harga Hingga RM350

Baju Melayu Mark Up Harga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun jarang-jarang dipakai orang, baju raya berwarna rona gelap seperti oren bata dikatakan menjadi buruan ramai tahun ini.


Bukan saja di kedai-kedai, gudang dalam talian juga menunjukkan trend sama, menjelang hari raya puasa bulan depan.

Namun, seorang pengguna Facebook meluahkan rasa kecewa apabila mendapati warna baju Melayu jenama yang hendak dibelinya didakwa telah naik harga.

Artikel berkaitan: Tular Dakwaan Haram Pakai Baju Warna ‘Brick Orange’, Individu Jelaskan Hukumnya

Menurut Master Zulfadley Khalid, dia begitu terkejut mengetahui harga baju Melayu yang dijual peniaga di pusat beli-belah berbeza dengan harga di HQ yang dibeli dua hari lalu.

Dia sebelum ini hanya membeli baju Melayu buat anaknya di HQ jenama pakaian terbabit kerana ketika itu tiada saiz bagi warna yang dikehendakinya.

“Baru dua hari lepas ke HQ beli baju ni untuk anak. Harga RM189. Saya cuma beli untuk anak sebab di HQ hanya tinggal saiz XXS.

“Saiz S habis stok. Jadi, saya pun beli satu sajalah. Saya punya beli kemudian. Mungkin nak beli dalam talian saja,” katanya.

Pada hari berikutnya, dia terjumpa satu booth yang menjual warna baju tersebut dan ada saiz yang dikehendaki.

Namun, ketika mahu membuat pembayaran, dia terkejut peniaga terbabit menyatakan harga baju Melayu tersebut bernilai RM350 hanya disebabkan warna berkenaan sedang trending.

“Bila nak bayar, staf tu cakap RM350. Terkejut aku. Aku terus tanya, ‘betul ke ni RM350?’ Aku cakap baru saja dua hari lepas aku beli RM189 di HQ.

“Dia cakap, ‘warna ni je bang yang RM350. Warna lain harga RM189 lagi’,” katanya.

Katanya lagi, pemilik booth memaklumkan harga baju Melayu bagi warna tersebut juga dijual pada harga RM500.

“Baju warna ni, seller banyak main harga,” kata peniaga.

Pengasas butik tampil beri respon

Perkongsian lelaki itu telah meraih perhatian ramai, termasuklah pengasas jenama tersebut iaitu El Azman.

El Azman meminta lelaki terbabit untuk berhubung dengannya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Screenshot 2024 03 27 145251

Tambah lelaki itu, dia bukanlah mahu memburukkan mana-mana pihak tetapi mahu meluahkan apa yang berlaku dan berharap peniaga tidak terlampau bermain harga.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.