in

“Berjimak dengan jantan, depression konon” – Ramai Sedih Baca Komen ‘Lelaki Bangang’ Tuduh Benda Bukan-bukan Pada Ustazah Farhana

Kutuk Ustazah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Petang semalam, rakyat Malaysia bersyukur lepas Ustazah Farhana yang dilaporkan hilang semenjak Isnin lalu ditemui selamat apabila dia muncul dengan tiba-tiba di IPD Kuala Kangsar kira-kira jam 3.15 petang.


Menurut Astro AWANI, Nurfarhana Ibrahim, 27, dalam keadaan sihat walaupun masih lemah dan tidak sabar untuk bertemu dengan anaknya kembali. Pun begitu, admin agak terkejut apabila berita yang sepatutnya disambut gembira tiba-tiba dicemari dengan komen fitnah dan tidak masuk akal. 

 

“Mandi wajib kat surau ka lepas berjimak dengan jantan lain?” 

Menerusi satu perkongsian di Twitter, netizen ternyata sakit hati lepas menjumpai satu komen daripada ‘lelaki bangang’ yang telah memfitnah Ustazah Farhana.

Memperkecilkan penyakit depresi yang dialami guru agama ini, lelaki tersebut tuduh kehilangan ustazah tersebut merupakan sandiwara dan hanya nak tutup perangai jahat berasmara dengan lelaki lain. Astaghfirullah! Apa masalah ko ni brader??

Kuanghajo

sumber: twitter

 

“Sedih baca komen lelaki sorang tu. Sepatutnya dia seorang Islam mendoakan yang baik-baik tapi…” 

Rata-rata netizen memang marah dan anggap lelaki itu tak sensitif dengan apa yang dilalui ustazah tersebut. Lagi memalukan apabila seorang non muslim tegur tindakan lelaki itu. Panas muka admin bila baca tegurannya.

Marah Netz
sumber: facebook

 

“Ajar budak-budak sekolah kuatkan iman rupa-rupanya ko yang lesap iman tak kuat” 

Ingatkan satu tu je komen yang berbaur fitnah, rupa-rupanya ada lagi yang menghentam ustazah tersebut tak kuat iman pulak gara-gara dia seorang guru agama. Bagi admin, netizen ni semua sedap mulut saja menghukum.

Cubalah kalau korang duduk di tempat ustazah tu, kena berulang alik 300km setiap hari… stress ke tak stress jadinya? Fikir-fikirkanlah.

50000078 797158997287895 2997237331171213312 N
sumber: facebook

Bagi admin, rakyat Malaysia terutamanya keyboard warrior di luar sana tu kena lebih cakna dengan isu depresi yang makin merebak dalam masyarakat. Mereka semua kena tahu bahawa depression bukan isu remeh dan bukan benda yang korang boleh buat melawak.

Mari kita lawan depresi dan sama-samalah beri sokongan dan semangat kepada mereka yang melaluinya. Semoga cepat sembuh Ustazah Farhana!

Baca: Guru Alami Depresi, Maut Jatuh Tingkat 5

1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.