in

“Berderau jantung”- Wanita Panik Anak Saudara Order Makanan Guna Apps Harga Lebih RM1800!

Featured 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini nak buat apa-apa pun mudah, semuanya di hujung jari. Tetapi jika ‘disalah guna’ ia mungkin mendatangkan kemudaratan kepada individu.


Macam yang dikongsikan Miya Azira, kisah anak saudaranya yang order makanan menerusi satu apps sehingga lebih RM1800, jom baca perkongsian Miya dibawah.

Anak sedara sy, main handphone sy, then die order food panda! Order dari restoran mahal! Nasib baik food panda apps dlm phone bukan auto order. Kalau x, RM1800++ makanan sapai kat rumah. Berderau jantung tacik dia…”

1 19

 

“Tacik, kenapa delete makanan ammar? nanti ammar lapar macam mana?”

Ketika dihubungi Lobak Merah, Miya berkata ketika kejadian phone tiada bersamanya kerana ketika itu pada waktu maghrib. Namun selepas makan malam…

Sy x perasan lg asalnya. Sbb masa tu waktu magrib. Mmg x hirau la pasal phone. After dinner, kakak sy iaitu ibu kpd budak kecik tu (ammar) masuk bilik sy utk berbual. Mase berbual tu..ibu dia ckp yg ammar ckp ada order pizza utk semua org. Ibu dia ingat main main. Mase tu terus jantung sy berderau sbb teringat foodpanda.

Terus sy jerit panggil ammar tgk phone.

Namun ada situasi yang kelakar berlaku, iaitu bila Miya padam semua pesanan makanan tersebut, dia pulak kena marah dengan Ammar…

Part paling x boleh bla..bila sy delete semua order, dia bukan main marah siap ckp “tacik, kenape delete makanan ammar. Nanti ammar lapar mcm mane?”

119680923 372503267085381 2354174969875589168 N

 

“Saya dan kakak panik, takut makanan RM1800 sampai rumah”

Namun pada masa sama dia dan kakaknya pastikan yang order tersebut belum proceed, sebab risau jika terpaksa bayar lebih RM1800 untuk makanan yang telah dipesan.

Sy mmg dh x boleh fikir apa dh. Sbb gabra gile. Terus wasap kwn2 dan adik nak tnya pasal ni..nak confirmkan sama ada order tu proceed ke tidak. Selalu je sy guna foodpanda..tp bila mcm ni..betul betul lost..x boleh berfikir.

Kakak sy pun berdebar juga. Kakak x pernah install apps tu..so..dia tak tau mcmana apps tu punya step, kami ber2 berdebar la tunggu takut2 restoran tu call sy mlm tu

Then kami bgtau ammar yg itu bukan shopee..Selalunya dia main phone sy..x pernah bukak pun foodpanda. Even area rumah sy pun xde cover utk foodpanda. Sy guna bila di office je. Tp kali ni mmg die ckp dia lapar..then bile die open apps tu..nampak pula pizza..itu yg dia ingat mcm shoppe

 

Sumber : Cik Miya
Baca 8
Sumber: Cik Miya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.