in

“Beras kita beli!” – [VIDEO] Netizen Berdekah Lihat Atuk ‘Nervous’ Sebab Phone Kena Check

Pagex 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi seorang lelaki, biasanya kalau masa bersembang dengan kawan-kawan tu pasti lagaknya tak mahu kalah. Lebih-lebih lagi ketika mereka berseloroh. mewar-warkan ketaatan isteri kepada mereka. Beras kita beli lah, elak jadi derhaka lah, macam-macam ayat keluar.


Realitinya, masing-masing boleh faham sendiri cerita sebenar di sebalik tabir. Macam babak dalam filem P. Ramlee, ahli mesyuarat tingkap kena tarik telinga!

Baru-baru ini tular satu video di Tiktok melihatkan seorang warga emas sedang berdiri di ruang tamu saat telefon bimbitnya kena spot check dengan orang rumah. Dah macam gaya pengawas sekolah pun ada!

Dikongsi oleh pengguna bernama Annisa Tarigan, lelaki berkaca mata itu dikatakan sudah berusia 90 tahun, namun masih dilihat gementar ketika isterinya ralit meneliti telefon bimbit itu. Dia punya intense tu, kalau takde buat apa salah pun masih rasa bersalah tau!

Biasanya, sikap posesif seperti ini kita selalu lihat pada pasangan muda saja, namun apabila ia ditonjolkan oleh suami isteri yang sudah lanjut usia, comel pula jadinya. Yang atuknya pun auto sopan je nampaknya…

“Banyak tengok Layangan Putus ni”

Dimuat naik beberapa hari lepas, video ini menerima lebih 400 ribu tontonan di Tiktok di mana ramai netizen turut berdekah melihat si suami yang gementar.

Ada juga kaum Hawa yang berseloroh, mengatakan mereka juga bakal jadi begitu apabila bergelar isteri nanti. Haa, jaga-jaga….

1 Vert 4

Yang sebenarnya, diam seorang lelaki tu bukan bermakna takut. Cuma tak berani je, kan?

Baca: “Kita 1 M’sia” – Pemuda Cina Menangis Terharu, Pakcik ‘Stranger’ Tolong Pakaikan ‘Tie’ Untuk Temuduga

Captures 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.