Sudah lama rasanya kita tak dengar cerita tentang artis yang satu ni. Dulu nama Azwan Ali aka Diva AA jadi sebutan ramai lepas dia terlibat sebagai calon dalam PRU 14 yang lepas untuk Bukit Antarabangsa.
Kini nampaknya nama diva kita ni kembali mendapat perhatian apabila dia telah ‘menegur’ Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas masalah mesin tiket parking yang sentiasa rosak. Laa apa kes pulak ni?
“Try me! Ingat Diva AA takut to maki DBKL?”
Menerusi video yang viral di Twitter, Azwan Ali nampaknya tengah bengang gila apabila mesin bayar tiket parking di kawasan Bangsar didapati rosak dan dia terpaksa berjalan sekitar kawasan tersebut untuk mencari mesin yang masih dalam keadaan baik. Kang kalau tak bayor kena saman pulak kan?
Disebabkan hal itu, Azwan siap bagi warning kepada DBKL dengan meletakkan sekeping kertas di dalam keretanya yang bertulis,
DBKL mesin kau jahanam, jangan tahu nak saman jer!”
https://twitter.com/DivaAATersohor/status/1184369705760382976?s=19
“Terbaik Diva AA, mesin macam haram pastu kerja nak menyaman”
Rata-rata netizen nampaknya bersetuju dengan teguran yang diberikan Diva AA kita memandangkan masalah ni bukan je berlaku di Bangsar tapi rata-rata hampir semua tempat kat Malaysia ni ada masalah yang sama.
Mesin tiket parking selalu rosak! Pastu bila tak bayar… haa mesti kena saman.
“Apa susah? Boleh cuba pakai ewallet untuk bayar parking DBKL”
Kesian dengan nasib mereka kat luar sana yang sering kena saman sebab tak bayar parking, netizen yang celik IT ada suggest supaya korang pakai je apps ataupun gunakan ewallet macam Boost apps dan Touch n Go untuk bayar parking.
Caranya mudah je. Korang boleh download apps JomParking, Smart Selangor (bagi yang duduk area Selangor lah) atau Boost apps kat handphone dan bayar parking anda kat sana. So tak payahlah susah-susahkan diri cari mesin ni lagi.
Apa-apapun min rasa teguran Diva AA kali ini ada betulnya jugaklah walaupun dia guna bahasa agak ‘kasar’ sikit. Mungkin pihak DBKL boleh uar-uarkan mengenai aplikasi ni kepada media sebab ia lebih mudah digunakan berbanding mesin yang sentiasa rosak tu.