in

“Berani buat kerana belum bersemuka” – Pelajar Form 1 Tayang Video Lucah Masa Kelas Online

Pdpr

Biarpun dah hampir setahun mengamalkan hidup norma baru, masalah kerap berlaku apabila segala urusan dilakukan secara atas talian, lebih-lebih lagi guru yang harus membuat pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Pelajar tak hadir ke kelas, bersikap biadap malah lebih teruk lagi seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu N ini terima gangguan lucah ketika sesi mengajar oleh segelintir murid nakal.

Kata cikgu yang mengajar di sebuah sekolah di Kepong ini, dia diganggu dengan tayangan video lucah oleh pelajar tersebut.

 

Murid mengganggu proses PdPR yang menggunakan platform Google meet dengan menyiarkan video lucah.”

Online

Menerusi Malaysiakini,  perbuatan itu dilakukan oleh murid tingkatan 1, Cikgu N dakwa murid tersebut berani bertindak sedemikian kerana masih belum bersemuka dengan guru.

Disebabkan gangguan itu, dia terpaksa menghentikan sesi PdPR yang telah memberi kesan serta merugikan murid lain yang tidak terbabit.

Jelasnya lagi, ada cikgu lain yang berdepan dengan masalah yang sama. Menurut cikgu tersebut kejadian serupa terjadi kepadanya minggu lepas, pada waktu itu dia mengajar sekitar 100 orang murid.

“Saya terkejut dengan kejadian yang tidak diingini, apatah lagi ketika itu pelajar murid-murid sekitar 100 orang sedang mengikuti pembelajaran. Disebabkan seorang murid nakal yang buat hal, habis sesi pembelajaran terpaksa dihentikan,” katanya.

Menurut guru terbabit kejadian itu berlaku pada minggu lalu dan ia sudah dimaklumkan kepada pihak pentadbir sekolah dan pejabat pendidikan daerah.

 

Baca: [Video] Cabaran Kelas Online Di Kampung, Atuk Sampai Tertidur Teman Cucu Cari Line Internet Nak Siapkan Tugasan

Online2

Sumber: malaysiakini