Berang Ditegur Main Telefon, Anak Tikam Bapa Umur 59 Tahun Sampai Mati

Tambah ke Sumber Pilihan
Berang Ditegur Main Telefon,  Anak Tikam Bapa Umur 59 Tahun Sampai Mati

Ketagihan terhadap penggunaan telefon pintar sekarang semakin menimbulkan kerisauan bukan sahaja kenapa kanak-kanak, malah juga kepada orang dewasa.

Obsesi terhadap gajet ini boleh meragut banyak nyawa tanpa kita sedari.


Kejadian yang berlaku di Simpang Pertang, Jelebu pagi tadi telah menyebabkan nyawa seorang bapa melayang di tangan anaknya sendiri.

Mangsa yang berusia 59 tahun dikatakan maut di tempat kejadian setelah ditikam anaknya pada bahagian hadapan dan belakang badan.

Capture 4 1 1Sumber: Harian Metro

Kejadian berlaku berpunca daripada pertengkaran oleh dua beranak itu selepas ibu mangsa yang berusia 85 tahun keluar berjumpa saudaranya lapor Harian Metro.

“Siasatan awal, ibu mangsa sebelum itu keluar berjumpa saudaranya berhampiran rumah dan tinggal mangsa bersama suspek sebelum berlaku pertengkaran.

“Mangsa dipercayai memukul belakang suspek dengan kerusi plastik sebelum suspek menikam mangsa dengan pisau,” – Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin

Capture 3 2 3Sumber: Sinar Harian

Suspek juga dikatakan melarikan diri selepas menikam bapanya, namun berjaya ditangkap 20 minit selepas kejadian setelah jiran melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Menurut jirannya pula, pertengkaran yang dialami oleh dua beranak bukanlah pertama kali berlaku, namun dia tidak menyangka kali ini akan berakhir dengan tragedi hitam.

“Namun kali ini, tidak sangka pula ia berakhir dengan kematian,”

Siasatan masih dijalankan oleh pihak polis dan permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan esok.

Baca : Dia minta untuk makan kari kambing Tragedi Di Malam Deepavali, Anak Maut Tertusuk Pisau Secara Tak Sengaja

Capture 9 5

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Anais
Lagi tulisan Anais
Peminat lagu lama, kopi, kucing, budaya, buku dan tak suka makan. Masih mencuba untuk menulis dengan baik.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Berang Ditegur Main Telefon, Anak Tikam Bapa Umur 59 Tahun Sampai Mati
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/berang-ditegur-main-telefon-anak-tikam-bapa-umur-59-tahun-sampai-mati/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM