in

[Video] Pekerja Stesen Minyak Ditibai Dengan Helmet Gara-gara Tertumpahkan Minyak Petrol Ke Badan Motosikal

Ft Helmet Final

Tular semalam di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang pekerja stesen minyak dilibas dengan helmet oleh seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Jelebu, Negeri Sembilan.

 

Buka helmet sebelum libas ke muka

Dalam rakaman video tersebut, jelas kelihatan seorang lelaki turun dari motosikalnya setelah pekerja itu selesai mengisi minyak. Dia kemudiannya meluru ke arah pekerja tersebut sambil membuka helmetnya sebelum melibas helmet tersebut ke muka pekerja malang itu.

Pekerja itu yang terkejut dengan tindakan tidak dijangka itu sempat membalas tumbukan ke muka lelaki itu sebelum berlakunya pergelutan antara mereka berdua.

Rakaman CCTV kes pekerja stesen minyak kena pukul di Jelebu,Negeri Sembilan. Info awal saksi,kes berpunca pekerja tersebut tertumpah minyak petrol ke badan motosikal ketika mengisi minyak..#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, January 3, 2021

Video yang berdurasi selama beberapa saat itu berjaya tular dan meraih perhatian netizen yang rata-ratanya mengecam perbuatan panas baran lelaki itu. Tak kurang juga ada yang berharap semoga laporan polis dibuat dan tindakan sewajarnya dikenakan terhadap lelaki itu.

Harapan mereka itu terjawab apabila pihak polis kini sedang giat memburu lelaki berkenaan berdasarkan laporan Harian Metro.

Helmet Muka

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, suspek yang dikenali sebagai Muhamad Hidir Malik, 39 dipercayai melarikan diri sebaik mangsa membuat laporan polis.

Menurut mangsa, dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4.30 petang itu, 19 Disember 2020 tahun lalu, suspek datang menaiki motosikal untuk mengisi minyak di stesen minyak berkenaan.

Namun, pada ketika itu tiada juruwang di kaunter dan mangsa terus memaklumkan hal itu kepada suspek untuk menyuruhnya menunggu disebabkan hanya juruwang sahaja yang boleh mengaktifkan pam sebelum minyak diisi.

 

Berang minyak tertumpah di badan motosikal

Sebaik minyak boleh diisi, mangsa mengisi minyak motosikal suspek, namun berlaku sedikit tumpahan minyak sehingga suspek memarahi mangsa sebelum membaling duit isian minyak kepada mangsa.

Mangsa yang mengeluh dengan tindakan tidak beradab suspek itu kemudiannya tunduk untuk mengutip duit yang dicampak ke lantai dan beredar dari pam untuk berehat.

Namun, secara tiba-tiba suspek datang dan ‘membantai’ mangsa dengan helmet. Bukan itu sahaja, dia juga turut dimarahi dan dimaki hamun oleh suspek. Mangsa mengalami bengkak di dagu sebelah kiri yang bukan sahaja disebabkan kesan hentakan, malah turut ditampar pada bahagian muka.

Tambah pihak polis lagi, suspek juga mempunyai dua rekod jenayah lampau berhubung kes dadah dan satu jenayah dikehendaki polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

 

Berjaya ditahan pihak polis

Walau bagaimanapun, suspek kini berjaya ditahan oleh pihak polis selepas dua minggu ‘menyembunyikan’ diri.

Suspek telah ditahan semalam, 4 Januari 2021 kira-kira pukul 4.30 petang di sekitar Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak. 

Baca: “Tunjuk samseng ni” – Pekerja Stesen Minyak Dibelasah Lepas Customer Tak Puas Hati Ditegur Suruh Pakai Mask 

Baca Helmet

Sumber: Harian Metro