in

“Bener2 pengen mati rasanya”- [VIDEO] Gadis Kongsi Suasana Darurat Di Kalimantan, Jerebu Tebal Sampai Sukar Bernafas!

Featured 21

Umum mengetahui keadaan jerebu yang semakin memburuk di negara ini didakwa berpunca daripada kebakaran di Kalimantan dan Sumatera namun perkara itu dinafikan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya seperti dalam laporan Lobak Merah semalam.

Namun situasi di Kalimantan seperti yang dikongsikan pemilik twitter @clooverian ini benar-benar menakutkan dan tak terjangkau dek akal fikiran.

 

Kalimantan benar2 sedang dalam keadaan darurat ?

Kalau korang perasan pada awal-awal video kelihatan satu motosikal terbabas betul-betul dihadapan motosikal lagi satu, dipercayai akibat jarak penglihatan yang sangat terhad.

Menurut @clooverian, situasi ini direkodkan di Kotawaringin Timur, provinsi Kalimantan Tengah.

Perkongsiannya itu mendapat lebih 66,000 retweets walaupun ia dimuatnaik pada 11 September lalu.

 

Orang kampung gigih padam kebakaran

Malah dia turut berkongsi satu video mengenai seorang pakcik dan rakan-rakannya yang bertungkus lumus memadamkan kebakaran menggunakan segala sumber yang ada.

 

Jalan lengang, jerebu terus memburuk

Malah dia juga ada berkongsi gambar suasana jerebu di kawasan Kalimantan Tengah yang disifatkan sebagai buruk.

Gambar tersebut diambil selepas dia pulang dari kuliah.

 

Semoga kerajaan Indonesia segera mengambil langkah proaktif menyelesaikan masalah kebakaran di sana.

Sampai kat sini teruk jerebu woiii~

Baca: Jangan tuding jari pada kami- Indonesia Claim Jerebu Di Malaysia Berpunca Dari Sarawak

Featured 18