in

“Benda tu pun nak kena panggil bomba ke? – Bomba Terima Panggilan Binatang Buas Dalam Almari, Bila ‘Check’ Cuma Lalat Je

Feature Image Lalat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita dah sinonim dengan pasukan bomba yang akan datang membantu sesiapa sahaja jika menerima panggilan kecemasan. Dari memadam rumah terbakar, tangkap binatang buas semua diaorang boleh buat.


Baru-baru ni, tular dekat laman Facebook mengenai pasukan Bomba Alor Setar menerima panggilan kecemasan mengatakan bahawa dalam almari pemanggil ada binatang buas. Buas sangat ke?

14 Dis 2019 – (MERS 999) Terima panggilan BINATANG BUAS dalam ALMARI sekitar kawasan Anak Bukit. Jentera Bomba, anggota,…

Posted by Bomba Alor Setar on Saturday, December 14, 2019

Menurut Facebook Bomba Alor Setar, mereka menerima satu panggilan kecemasan yang mengatakan bahawa terdapat binatang buas dalam almari pada 14 Disember yang lalu.

Tambahnya lagi, pasukan bomba Alor Setar telah bersedia untuk pergi ke rumah pemanggil dengan membawa semua kelengkapan termasuk jentera, anggota bomba, peralatan pelindungan diri (personal protective equipment).

Ini prank ke apa?

Namun setelah mereka sampai ke lokasi kejadian, mereka langsung tidak menjumpai binatang buas seperti yang di adukan melalui panggilan.

Tapi apa yang dijumpai dalam alamari tersebut hanyalah sekor lalat. Buas ke?

Lalat 2
Sumber: facebook

 

Lalat 1
Sumber: facebook

Rata-rata netizen merasakan bahawa individu yang membuat panggilan tersebut tidak sepatutnya melakukan perkara itu.

Kormen
Sumber: facebook

Aishh dah macam kena prank pun ada, bila bomba datang rupanya cuma ada lalat je.

 

Baca: “Meh sini abang meh” – Budak Merajuk Sampai Nak Terjun Bangunan Tinggi, Netizen Cair Dengar Cara Bomba Ni Pujuk

Ding

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.