Isteri Bekas Perdana Menteri Nepal Meninggal Dunia Lepas Rumah Dibakar Penunjuk Perasaan

Tambah ke Sumber Pilihan
Isteri Bekas Perdana Menteri Nepal Meninggal Dunia Lepas Rumah Dibakar Penunjuk Perasaan

Isteri kepada bekas Perdana Menteri Nepal, Jhalanath Khanal iaitu Rabi Laxmi Chitrakar Khanal maut selepas penunjuk perasaan telah membakar rumah mereka yang terletak di kawasan Dallu, Kathmandu semalam.

Sumber yang terdiri daripada keluarga mangsa, Rajyalaxmi Chitrakar berkata, Rabi Laxmi Chitrakar Khanal dikejarkan ke Hospital Kecederaan Melecur Kirtipur, namun meninggal dunia ketika dirawat.


Artikel berkaitan : Kerajaan Nepal Tumbang: Rumah Ahli Politik Dibakar, Pemimpin Dic*mpak Ke Sungai & Menteri Dip*kul

Artikel berkaitan : Rakan Senegara Terlibat Kes Langgar Lari, 13 Warga Nepal Ditahan Lepas Halang Lalu Lintas

Bakar1 Scaled 1

Difahamkan, penunjuk perasaan yang diketuai ‘Gen Z’ mengepung kediaman bekas perdana menteri sebelum bertindak membakarnya.

Kejadian itu berlaku ketika demonstrasi besar-besaran kerana menentang larangan penggunaan media sosial yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini, bagaimanapun demonstrasi tersebut bertukar ganas yang menyasarkan pemimpin politik utama.

Berikutan dengan kekecohan tersebut, Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli, turut mengumumkan peletakan jawatan semalam, selepas rumahnya sendiri dibakar penunjuk perasaan.

Screenshot 2025 09 10 135705

Tidak cukup dengan itu, Menteri Kewangan, Bishnu Prasad Paudel turut menjadi ancaman, tular video beliau dikejar di jalanan dan dipukul teruk oleh orang ramai.

Sebelum ini, protes itu bermula selepas kerajaan menyekat Facebook, X dan YouTube dengan alasan media sosial terbabit gagal mematuhi kawal selia kerajaan.

Bagaimanapun, larangan itu ditarik balik kelmarin, namun penunjuk perasaan tetap meneruskan bantahan hingga membawa kepada insiden tembakan polis yang telah mengorbankan 19 nyawa.

Selain membakar rumah pemimpin, penunjuk perasaan turut merosakkan bangunan Parlimen sehingga Lapangan Terbang Kathmandu terpaksa ditutup.

Disebabkan itu, beberapa orang menteri terpaksa dipindahkan ke lokasi selamat menggunakan helikopter tentera susulan dengan keadaan yang semakin tidak terkawal.

Kempen yang digelar ‘protes Gen Z’ itu turut disemarakkan lagi dengan kemarahan terhadap dakwaan rasuah dan keistimewaan anak pemimpin politik yang digelar sebagai ‘Nepo Kids’.

Anak muda mendakwa bahawa mereka sukar mencari pekerjaan sedangkan puak-puak ‘Nepo Kids’ ini boleh mendapat pelbagai peluang istimewa dengan mudah.

Sumber : Harian Metro

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Isteri Bekas Perdana Menteri Nepal Meninggal Dunia Lepas Rumah Dibakar Penunjuk Perasaan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/isteri-bekas-perdana-menteri-nepal-meninggal-dunia-lepas-rumah-dibakar-penunjuk-perasaan2/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM